Pages

Wednesday, January 30, 2013

yey,1st time jual cake =)

Assalamualaikum
Untuk pertama kalinya aku telah membuat kek untuk dijual..takut sungguh nak buat..hehe
Actually kek ni telah di tempah oleh kakak ku untuk majlis di ofis nya..katanya ada birthday member..nampaknya sungguh dia mempercayai bakat adiknya yg terkial2 nak buat sebiji kek ni.
Tapi papepun ku cuba sebaik mungkin,dengan lafaz bismillah terhasil la rainbow kek yg pernah aku letak dlm entry sebelum ni.

Keknya tak cantik mana,masih banyak yg perlu diperbaiki
tapi jadilah kan..huahua,maapkan ye kalau huduh :(


 

selalu aku shoot photo kek,mesti nak potong..ni mmg tak leh potong sbb nak bagi org kan..hehe
sedia untuk di hantar ke KKR..bismillah~ harap2 sedap la hendak nya
Dari pagi aku duk buat kek..keluntang2 kat dapo..sian kat hubs duk bau je kek tengah masak...jadi aku lebihkan adunan sikit..letak dalam jar kecil...cukup2 untuk 2 jar..jadilah kan,dapat gak hubs rasa ..heee

Owh,cuma aku tak berani tadi guna jar tu letak dlm microwave semata2...aku guna tray yg besar & isikan air sikit...pastu letak jar yg berisi kek tadi,hasilnya lebih lembut dari yang di bakar shj...yummy2 =)

Tuesday, January 22, 2013

Blueberry Muffin

Salam,
quick update..dinner malam ni kami bertemankan blueberry muffin.
xdapat nak sertakan resepi..sebab aku beli tepung pre-mix kat kedai kek.
Saja nak cuba,hanya tambah telur,susu & butter/minyak.Hasilnya alhamdulillah..sgt yummy & lembut..rupa je kureng..tuan rumah malas nak hias..janji masuk mulut:p


sedap makan panas² =)
til then~
Assalamualaikum & nite²

Friday, January 18, 2013

Langkawi Day 1

Salam
Pada 8hb january yang lepas,aku & family mentua telah ke Langkawi.
Semua itinerary dirancang awal oleh aku & hubs.Termasuklah tempat penginapan & kenderaan.
Accomodation aku jumpa kat Mudah,Kak Sue Homestay...disebabkan kami pergi seramai 7 orang..byk gak lah aku kira tolak tambah apa yg sesuai untuk kami.
Sebenarnya nak duduk area pantai chenang..tapi byk chalet& resort...boleh mmg boleh,tapi tak syiok lak duduk sebelah menyebelah walaupun ada connecting room...so aku carilah homestay...mmg banyak di pantai chenang..tapi kosnya mak aii~ kebanyakan nya rm250 ke atas..maybe aku tak sempat buat research byk..mostly area situ ke dalam or mahal.

So aku dan hubs pun decide utk duduk area Pekan Kuah,nak cari makan senang..nak shopping pun senang.Location Sue Homestay(aparment Sri Lagenda) ni mmg superb..sgt dekat dgn pekan.

harga bukan waktu cuti sekolah Rm150
harga weekend Rm180
3bilik,2 bilik air ,2 queen bed,1 single bed.Siap toto,kerusi kayu(bukan sofa ye),tv 

Cuma yang aku tak gemar:-
takde carpet (senang diorang nak kemaskan kot tanpa carpet)
banyak semut...mak mentua aku kata ni rumah semut ke? haha
bangunan dia dah di makan usia.


tp overall,if pergi bukan ngan family..jenis selamba mcm aku...kepuasan okay! 8/10
Sebab byk jalan dari duduk rumah kan.

Untuk kenderaan pula,aku sewa dgn En Zaini.Siapa nak sewa dengan dia servis insyaallah tiptop!
Ni num dia 0125275079(En Zaini)

Nape aku kata tiptop,sebab kami tak pernah jumpa langsung..tapi semua proses sangat lancar.janji kena trust lah kan.Orangnya tak berkira
Ikut hati kami nak ambil Innova,tapi flight kami malam..suppose kira 2 malam sahaja..tp sbb last day tu kami nak hantar lewat..kenalah kira 3 malam...tapi En Zaini dgn berbesar hatinya bagi sewa kereta dia sendiri(Toyota Unser)..siap kata,kereta ni nak pakai lewat takpe..rm200 je untuk 3 hari..murah lah kan?alhamdulillah...unser pun boleh jer muat 7 orang..janji boleh pakai :)

Okay,ini pula itinerary untuk 1st day kami di Langkawi

Flight 7.30am
-8.30am tiba Langkawi ainternational airport
-Ambil kereta
-Sarapan di Padang Matsirat
-Melawat area Beras Terbakar
-Naik kereta kabell di Oriental Village-gunung mt cincang
-Melawat Makam Mahsuri
-Beli gamat di Kilang Gamat Nusantara
Ni baru sampai,tak sempat nak snap..akak pramugari dah bising..berterabur semua lari
lama tak layan roti canai melayu..yummeh!
nasi lemak simple..best²,susah nak dapat kat KL
  

Selepas turun dari airport,kami terus ambil kereta sewa dan mencari sarapan di kawasan yang terdekat
Perut semua dah kriuk²..kenalah alas perut dulu.Kebetulan betul2 depan area padang beras terbakar ada banyak gerai makanan.Apa lagi,sambil menyelam minum air,kami sempat sarapan dulu sementara menunggu pintu beras terbakar di buka.
dikatakan di depan halaman rumah inilah mereka mengorek lubang & membakar padi2 yg dituai.

  
 
beras terbakarnya dah takde..tapi ada box kecil ditempatkan disudut tepi untuk pelancong melihat peninggalan beras yg dibakar.
Selepas itu,kami bergerak menuju ke Oriental Village..berbezanya ketika aku pergi waktu study dulu.Memang byk tempat menarik disini,kalau diikut kan satu hari boleh dihabiskan disini sahaja.
Aku tertarik dgn Cinema 6D yg terletak betul2 berdepan dgn tempat tiket cable car.kebetulan sekarang pun ada festival nami island di oriental village..huhu,best nye!tapi kalau nak pergi semua,takut tak sempat pula nak pergi tempat lain.

Price Cable Car
Adult with mycard : Rm15
Child with mycard:  Rm10
takde mycard,harga double...ish ish~


cian kuda ni,dari naik cable car,sampai turun cable car..kerja dia ulang-alik bawa org jer...keinginan aku nak try naik terus terbantut dek kesian tengok dia kepenatan.

2 lawan 1 =)



tak silap aku harga nak sewa ni rm15...boleh pusing satu village

pemandangan di oriental village



Agak lama juga kami di sini,selesai dalam 2 jam kami bergerak pula ke Makam Mahsuri
Makam mahsuri telah banyak berubah,dulu masuk2 je dah boleh tengok makam...sekarang ni ada kawasan yang berbumbung dan galeri kecil sebelum kita dapat masuk ke kawasan makam mahsuri.

comel,kucing ni tiba2 jadi tarikan lak sebab kaler dia putih..hihi

Last sekali ,destinasi terakhir untuk hari ni aku bawa ke kilang gamat nusantara.
Memang tempat ni dah famous disebabkan botol gamatnya yang besar.
Sebelum ke Langkawi lagi aku dah nekad,pergi sini just nak bawa family membeli belah gamat.tapi bukan untuk aku..say no no no to gamat..nape?bukan tak suka...4 tahun lepas punya botol..mak aku beli berlambak lagi..haha..tak habis2 pakai. watpe nak membazir beli lagi kan.
tapi brg2 lain seperti balm,minyak kepala dara etc boleh lah beli :)

si kecil yg aktif
jangan pulang tanpa minyak gamat or jangan pulang tanpa fil aku? hahaha






Tuesday, January 15, 2013

Valley Of The Giant,Tree Top Walk

tree top walk,merupakan salah satu destinasi yang paling aku tidak dpt lupakan.tree top walk mengambil masa setengah jam gak untuk sampai dari Denmark.tapi,dlm byk aktiviti di denmark..yg ni mmg terbaik!! Hehe..aish,rasa rugi lak tak ulang naik atas bridge tuh..
Entrance fee: 12.50aud per person

Kalo bukan sbb datang dari jauh,dah cancel dah nak naik..haha,kedekutnya aku ni...maklumlah,perjalanan kali ni ala2 menjimatkan cost.
permulaan bridge
Tp bila dah naik,mmg worth every cent..bagi yg rasa nak duit tu berbaloi habis,boleh naik bridge ni 3-4kali pun xpe..sbb jambatan dia if naik boleh selesai dlm 10min jer..
tu pun kalau leka amek gambar,lyn angin sambil posing2.  If berlari berdesup tak tgk kiri kanan,2-3min boleh abes:p






nampak mcm tak tinggi,tapi gayat gak la..sekali angin tiup,dapat rasa jambatan tu terumbang ambing



Pastu kami ke ancient empire,sebelah tree top walk shj.
Di sini kita boleh tgk pokok2 yg besar dgn lebih dekat,ada grandmother tree,pokok ni umurnya lebih dari 400tahun...wahhh
pintu masuk ancient empire


Pokok2 yg membuat pintu ni sangat cantik danmmg menakjubkan,tp bila baca penerangan..kesian lak..sbb nya pokok ni jadi camni sbb fungus..sampai satu masa takut mereka rosak je.


 
Gambar hubs dalam kete ni pula ada ceritanya..pernah ada pokok yg besar boleh muatkan sebiji kereta.sehinggakan semua pelancong dtg akan park dlm kereta and bergambar.kiranya a must thing to do for tourist lah,sampailah 1996 pokok tu mati..sekarang nilah baru diorg kawal tourist and jaga betul2 pokok area situ.
Perasaan ketika berada di valley of the giant,membuatkan kita rasa yang kita ni betul2 kerdil..begitulah kekuasaan Allah.experience yg tidak akan dilupakan:)
Kalau ikutkan hati,mau je pergi lagi..tapi jaraknya.aduhai..longgar tulang2 nak drive dari perth ke denmark tuh..haha..tapi manalah tau kan..insyaallah kalau ada rezeki..=)

Family trip 2013-Langkawi

As salam
quick update,dah nak bersarang blog ni aku tinggalkan..huhu
Sempena membuka lembaran tahun baru ini,aku ,suami & family mentua telah ke Langkawi.alang2 buat family trip,kami celebrate birthday Fil & Sil ,ayah mentua aku bday 11 jan(sama dato siti daa..) kakak ipar aku lak 10 jan...mmg best lah dpt celebrate sekali.

actually plan ni asalnya aku ngan hubs je yang pergi Langkawi..dapat tiket airasia rm170,dua org pergi balik..mau tak ku beli..hua hua.
tapi seminggu lepas tu aku teringat bday both kakak & ayah mentua aku sama dgn date kami pergi Langkawi (8-10hb)..
jadi aku pun tanya la hubs kot2 budjet mencukupi nak sekali harung bawa...alhamdulillah bila calculate kos mkn ,tmpt tgl ,ticket flight sume masih dlm budjet..
Seronok sbb ni first time dlm hidup pak & mak mentua naik flight,kesian pun ada..yela selalu anta aku ngan hubs tiap2 kali outstation kat lcct...diorang merasa tgk dari bawah je..alhamdulillah rezeki diorang kali ni walaupun dekat je destinasinya..

Aku tak letak byk gambar sbb byk lagi nak diedit satu2..and idea pun lom dtg..penat shopping coklat..muahaha..inilah hasil group photo kami disana..rindu lak dgr keriuhan diorang..dah balik,sunyi je rasa rumah..huuu:(

ni tak cukup korum lagi ni,kalau nak bawak sume..kopak poket..haha..insyaallah ada rezeki lebih bolehla bawak tok&geng2 lain
ni pak mentua tlg amek gambo



dayang bunting,the lake of pregnant maiden dlm bahse oghang puteh
pilih2..nak yg di luar or.....

nak yg di dalam?eh,ni dah takde bintik2

ni tuan blog makin debab..va va va~