Pages

Thursday, January 16, 2014

How to change from Postpaid Celcom to Prepaid Celcom

Assalamualaikum
Salam Jumaat yang penuh barakah,alhamdulillah harini num. celcom ku telah bertukar ke prepaid.yay!
Actually aku berhajat untuk menukar line Celcom (postpaid)  kepada prepaid tetapi masih mengekalkan number yang sama,sayang number ni dah berkurun lama pakai :p
Kenapa tukar ke prepaid? ini kerana aku dah bosan bayar bulanan Rm50+ ratusan ringgit.Bila berbisnes ni mmg senang pakai line,tapi bertahun² aku pakai takde keistimewaan langsung...plus aku akan ke luar negara for 1+ yo..dari bayar bulan² tapi tak pakai,aku decide untuk tukar ke Prepaid

Cara untuk tukar postpaid ke prepaid mudah sebenarnya,cuma kita tak boleh direct tukar melalui Celcom

1. Pergi cawangan Celcom settle kan semua bil tertunggak,jgn ada baki langsung.Kalau boleh dapatkan resit sekali

2.Pergi mana² cawangan company lain,aku choose Digi.Pergi kaunter kata nak tukar from Celcom postpaid to Digi prepaid


3.Staff akan suruh isi borang,fotostat ic...then terus kita akan dapat simcard Digi (tanpa sebarang bayaran)

4.Jangan tukar dulu simcard,tunggu Digi bagi msg yang permohonan telah berjaya baru tukar (dalam tempoh 24 jam)

5.Bila dah activate simcard Digi,baru pergi ke cawangan Celcom untuk tukar Prepaid Digi ke Prepaid Celcom

yay,selesai

leceh kan,aku pun tak paham napela kena main² tukar camtu...kan senang kalau Celcom boleh buat terus.

Lepas ni kena rajin guna ayat top-up balik la nampaknya ^_^

Monday, December 9, 2013

My gemfire

Assalamualaikum
Alhamdulillah kita dah masuk minggu ke 2 dalam bulan December.
Perkembangan kami suami isteri masih lagi busy membuat semua kerja dalam satu masa,bukan takde list or jadual...kdg2 disebabkan sesuatu,habis seharian kerja tertangguh...takpe dugaan tu..hope kami dapat melalui nya dengan sabar.
Hari ni nak share pokok bunga ku..sebenarnya dia da lebat berbunga kat depan rumah tu..tak susah nak jaga...nak lak skang asik ujan cerah ujan cerah...tak payah siram lagi galak membunga..
gambar yg aku tunjuk ni dia baru nak membesar...sekarang mcm2 kaler ada..cuma tak menyempat nak ambil pic je :p

ni anak pokok tomato,bukan gemfire :p

ni masa dia first berbunga..bestnye tgk

actually gemfire ni ada 3 color :putih,pink cair & pink pekat..tapi yg naik dulu pink pekat




ni pula pic yg ku google di internet bila dia galak berbunga

cantik kan ..nmpknya pokok ni pun kena bagi org sebelum pindah =(

Monday, November 18, 2013

Snippets of the month



roti ni beli kat Paradigm Mall..semua roti dia cute2 & nampak sedap.Rasa nak rembat semua!

Choc ni org bagi,beli kat Langkawi

close up

nasi lemak ni baru buat tadi.ni pinggan hubs..sian dia kena tunggu..hihihi


Owh btw,my instagram id Beehuntstory =)

Sunday, November 3, 2013

Kek batik simple

Salam
Okay,harini nak share resepi simple
Kek Batik...kek ni dari study lagi dah selalu buat,dah namanya senang...bahan pun sikit..sampailah dah kawin ni selalu sangat buat.Tapi nak ambil gambarnya yang lemah
Aku pernah try di bazaar ramadhan teluk intan,kek batiknya lembut dan moist..mcm makan kek pula..sebab selama ni yg ku buat biskutnya maintain keras..ada petua kata biar kan biskut tu lemau baru menjadi lembutnya...tapi tak berkesempatan nak try lagi

Jom kita try buat resepi ni dulu
Biskut Marie satu pek
Butter 1 buku
1 pek kecil Milo
Susu pekat setengah tin
Cairkan butter di dalam kuali,masukkan susu pekat dan Milo..kacau rata...then masukkan biskut Marie..tips dpt biskut Batik yg sedap,selalu aku tak habiskan biskut Marie..agak2 tak terlalu byk..baru sedap biskut tu disalut milo yg byk

nak tambah benda lain pun boleh,esen vanilla...telur..kacang..letak la pape..insyaallah menjadi je.
tapi kali ni aku buat style nak membersihkan peti ais sebelum pindah..:p

Dan inilah hasil kejadiannya

taraa





jemput makannnn =)

Tuesday, October 15, 2013

My 'old' friend engagement =p

Assalamualaikum
Salam Aidiladha kepada semua umat Islam.Harini nak cerita majlis engagement kwn minggu lepas.
Kenapa aku letak title 'old' friend? sebab anak dah besar2 dah kwn aku sorang ni..tapi maintain muda..haha

Actually bulan lepas dia dtg jumpa kami,membawa hajat utk kami merakamkan majlis pertunangan.
Tergamam kami berdua,sebab tak sangka akhirnya bertemu jodoh jua pakcik sorang ni.alhamdulillah~
Actually byk tul kisah dia,itu yang kami terkejut bila kata nak tunang.tapi takpelah..biarlah menjadi rahsia=)

Dengan serta merta dia tanya,
'berapa weyh?'
'jgn risau,aku bayar..if deposit dulu berapa?'
But how can I say i charge 2+++ per event? Sedangkan majlis kami pun dia datang demam²
 tolong ambilkan gambar.
Dengan hati yang terbuka,aku kata majlis pertunangan je,takkan la nak bayar2..jgn risau..thats what friends are for:
Aku ni bukan apa.di keliling kami bersepah kawan² yang datang waktu senang,keluar university,lost contact...tiba nak kawin..hye hye kami,then boleh shoot free? 
lepastu masa majlis buat kami mcm kuli..pastu buat masam muka..hadoi,shoot anak dato pun xcamni..org melayu kita ni,napela x ikut resmi padi..makin berisi makin tunduk..tapi tidak,nampak je poket berisi,tapi penuh dgn habuk je..tu pun nak berlagak dgn kawan sendiri..manusia2..
nasib baik terkena sekali dua je...haih~ sabar je la..dugaan
Okay jom tgk gambar yang seciput ni...



kalau dah nama bakal pengantin tu,bukan nak duk diam2..sibuk jugak nak jadi photographer of the day
baju yang bakal pengantin pakai ni dia design sdiri..ohsem!
pinjam Metroman anak buah dia..kuikui

alhamdulillah,jumpa juga yg sesuai,manis dan peramah orangnya..
btw,aku sempat interview anak dia,suruh cakap dalam video..papa kawin lagi..haha
Insyaallah bulan 12 ni mereka akan disatukan,serba salah aku dibuatnya,sebab bulan 12 ni schedule kami full..Ralat rasanya if tak tolong,insyaallah kena cari pengganti videographer..harap2 dapatla ke majlis dia.

Monday, October 7, 2013

Tuesday, September 17, 2013

Avillion,Port Dickson

Assalamualaikum
Baru2 ni kami ke Avillion ,Pd..bukan bercuti,tapi ada shooting.Tempat dia cantik sgt2..nak share pic tak banyak,ye la kita busy shoot video,sampai terlupa nak snap gambar.Nasib baik lah ada 2-3keping ambil gambar.Selebihnya hubs ambil pakai phone
Anyway,teringin nak duk sini,semalam pun jadi lah.Tapi harga dia mahal yang amat..mcm mana la rakyat kita boleh duduk sini ye,byk betul org Malaysia ni yang kaya2 .Insyaallah ada rezeki lebih boleh lah celebrate anniversary kat sini...^_^

ni family & friends pengantin

Subhanallah,cantik kan


Pelita di kala senja

our 2nd time shoot Chinese wedding