Pages

Monday, February 27, 2012

Penang & Alor Star

As salam semua,first of all.Enrty ni agak panjang,hihi

Hari ni aku nak bercerita tentang trip ke Kedah & Penang last year.
yelah,takkan travel ke negara orang je kan.Negara sendiri pun kena selesai trip dulu baru boleh sampai negara orang.betul x?:)
Bak kata orang,hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.
Btw,tak semua pics menggunakan dslr,dek kerana kemalasan aku.

Since both places aku pergi dalam jarak yang terdekat,so aku decide untuk compile kedua² tempat ni.

Penang Island
This is the first time aku menjejakkan kaki ke Pulau Pinang,dah berpuluh tahun hidup baru first time..tengok komtar pun tak pernah.haha

Mission kiteorg kat sana tak lain dan tak bukan ialah Makan.Sampai² je awal pagi dah mencari 'serabai'
Serabai ni sangat sedap,maybe sebab aku ni penggemar makanan manis,tapi rasanya takla manis sepenuhnya..ada rasa masam² sikit.Seriously,siapa datang Penang kena rasa


 Disebabkan kami ada beberapa kenalan di Penang/Kedah (semua member hubs sebab dulu dia study Alor Star)..kiteorg siap call tanya member² apa yg best kat sini.
First yang aku tak sabar nak rasa,ialah Briyani Milani,restoran Kapitan.Aku bukanlah peminat briyani,if ada hidangan ni memang last choice baru aku ambil briyani...tapi entah kenapa bila sekali makan terus jatuh cinta...wahhh
Bagi akulah,sedappp sangat².Nasi dia yang panjang² & kuah yang lemak².Memang layan...
Second,kami try Hameediah,dekat campbell street...ada sorang member ni dia suruh try nasi kandar,lauk nya memang terbaik.Diorang suh try briyani gak,tapi tak semua briyani mampu menambat hati aku..haha,kapitan tetap pilihan num 1..

Briyani Milani,restoran Kapitan.A MUST TRY !



 Lagi apa yeh,haaa..pasembor lak.Ramai suruh pergi Padang Kota.Tapi,entah lah..lain lidah,lain rasa.Bagi aku tak berapa nak layan sangat..maybe lidah aku yang tak berapa lekat kot:p
Tapi yang menarik nya,pasembor yang ada tepi jalan area Penang lagi sedap,murah pun murah.Padang Kota ni agak mahalss,penat hubs ckp loghat Kedah dia pun kene bayo mahal,rm15 pasembor sahaja.Maybe diorang tau tourist? hmm..ok,father in law aku org penang,dia kata mmg kena tipu..haha..haishh~

pasembor & kelapa shake

 Pagi² if korang cari sarapan,jgn lupa singgah Restoran Roti Canai Jalan Argyll.If tak tahu mana,gps sahaja,memang ada.
Bagi aku, rasa okay..tapi yg different kuah dia memang banyak & di makan dengan daging yang agak tebal.
Masa mamak tu tanya.ayam ke daging... ingatkan dia bagi kuah kari daging/ayam mcm kat KL,kecik² je daging..sekali betul² daging 2 ketul .
Roti canai dia pula bagi aku standard aje,but its a worth try.



  Antara hotspot kami tak pergi,nasi kandar beratur & nasi kandar line clear.Sebab terlalu banyak yang kami makan..haha,sampai tak larat nak masuk lagi dah.Insyaallah ada rezeki boleh pergi lagi.

Penang juga merupakan tempat yang menarik untuk melancong.Dalam 2 hari pun kami x sempat habis explore.
Kebetulan hari kami pergi tu sabtu & ahad,teringin nak naik bukit bendera..tetapi melihat kesesakan orang ramai yg nak hiking.kami melupakan idea tersebut & terus ke next destination

Antara tempat yang aku pergi,toy museum & museum p.ramlee
pendapat aku
toy museum - not well maintained.Siap ada bau najis kucing..huhuhu
                     tapi yang menariknya,dapat tengok pelbagai jenis cartoon character & toy yg pelik².
                  

museum p.ramlee - Well Maintenance,tiada bayaran dikenakan.Masuk² je dah berkumandang lagu arwah.Museum ni separate dengan rumah yang pernah diduduki ketika arwah masih kecil.Kedua² tempat bersebelahan sahaja.Aku & hubs beli beberapa keping poskad untuk dibuat kenangan.



Itu adalah antara tempat & makanan yang menarik di Penang.


Kita pi Alor Star Kedah lak

Alor Star ni bagi aku,kena dtg dengan org Kedah sendiri gak.Baru seronok berjalan.Mission ke sini juga adalah makan..heheheh
Disebabkan hubs pernah duduk kedah selama 10tahun,dia tahu sedikit sebanyak selok belok area Alor Setar.

Antara makanan fav yang dia selalu pergi

Stadium Alor Star,nasi ayam
Kuey tiow Iman
Nasi Royal
Warung Astro belakang Mydin



kuey tiow iman. seriously sgt sedap

ok,ni pun sangat sedap.nasi royal,color nasi kuning²,kuah daging terbaik
kopi astro,hubs fav



pekasam

Semua kami try dan semua tidak menghampakan kecuali dekat stadium,masa pergi tak jumpa lak.Ada kata dah tutup,ada yang kata maybe pergi salah hari.Wallahualam.

Fav aku,Kuey Tiow Iman.(kaching~ anda adalah juara..huahua)

sedapnya sedapnya.
Ok,sesiapa yang mencari budget accomodation di Alor Star,boleh try motel 'LGH Boutique Motel
Phone Num :04-7319126 / 012-4099126
Email: lghboutiquemotel@gmail.com
                                   
Bagi aku tempat dia selesa compare to 3 star hotel yang ada di Alor Star,tempat mcm ni memang takde breakfast.Tapi utk apa breakfast di hotel jika melawat negeri yang penuh dengan pelbagai makanan yang menyelerakan..setiap bilik diorang ada wall sticker sendiri,comel sangat.hope tauke hotel ni jaga kualiti motel nih,coz if aku ke Alor Star lagi mmg aku akan pilih utk duduk disini lagi
Satu je yang aku tak gemar,kadang² ada anjing yang suka lepak area bawah motel ni.haiyo..aku sangat takut dengan makhluk ni.
Aku dari dulu memang tak sedar yg aku takutkan anjing.Sehinggalah tahun 2010..bila aku kena kejar dengan anjing di Perth.Dekat negara orang kena kejar,bukan sekor lak tuh,2 ekor kejar serentak.Malang nasib tidak berbau.Lepas ni kena prepare doa banyak² .

Itu sahaja celoteh aku di pagi hari,nak cerita memang banyak.tu pun ingat² lupa,banyak kena tanya hubs balik.sungguh bagus ingatan dia dibandingkan dengan aku.
Oklah,aku berhenti disini dulu..salam ceria~



No comments:

Post a Comment