Okay,bermulalah travelog ku berkaitan dengan perth.huhu,baru balik dah rindu..ada org kata perth biasa saje...tp maybe hati aku yg suka keadaan romantis & sunyi,mmg suka sgt kat sana..bak kata landlord guesthouse aku..since i live here,everyday is like a holiday
Ok,1st day...malam nak gerak tu.hati berdebar2...sebab tak suka naik flight..haha,seyes..tade pintu doraemon ke nak gi perth...dah la flight malam,nak tido lak takleh...taktau nape..akhirnya setelah 5 jam perjalanan,kami tiba di bumi perth
Mulutku tersenyum panjang sambil di dalam hati mengucap syukur kepada Illahi peluang ku untuk ke sini sekali lagi tercapai
Melangkah je keluar airport,sejukkk...excited sangat2..oh,lupa lak...reverse balik,sebelum kuar airport,kami ambil kereta kat kaunter hertz.
Bagi siapa yg tak tahu,keluarsahaja dari imigresen,just pegi belah kiri..hujung sekali bersebelahan quiet room.aku pilih hertz sebab senang,ambil kereta diairport terus.
Selepas diberi kunci dan gps,kami terus keluar airport dan mrnghala ke tempat parking kereta...alaa comelnyeeee kete...kami dapat kereta toyota ascent..dan. Sonoknya...sgt sgt baru!bau pun baru lagi
First stop ingatkan nak cari pie kat kyer road,tapi tengah syok jalan2 area berdekatan,gps lak buat hal..tak boleh nak on...haiyo, apa ni hertz! Korang yg ambil dgn hertz,perhatikan lah segala baramg dia bagi..sebab kita bayar...benda2 cmni membazirkan masa kita je nanti nak ulng alik amek yg baru.
Tapi bila sampai je kat kaunter tu balik,minah tu kata charge for 10mins,then baru on...ohh,geramnya.but sepanjang seminggu aku disana,sah gps ni mmg bermasalah.if nak pakai,kena charge dan tekan kuat2 charger dia..haih~
Disebabkan kami lapar sgt,aku dan hubs cari jln sendiri utk ke city,tanpa menggunakan gps..alhamdulillah nasib baik jumpa.gps yg di charge 10mins still tak bole on..haha
Sampai city,lapa sangat²,kami sarapan muffin dulu,ramai malaysian lepak sini.aku lupa lak nama kedai tuh.insyaallah kalo aku jumpa akan diupdate ya
Selesai makan,kami jalan2 dlmcity cari lebara mobile,..tengah jalan2 terjumpa london court...wah,alang2 dah depan mata,lepak la sini dlm 15mins..ok satu dah cross dalam list..ni suppose pergi hari lain.
personally,london court ni kecil sahaja.cuma yg unik bangunannya shj:) |
Jalan2 cuci mata kejap je rasa lapar,maklumla 5jam dlm flight.pastu mkn muffin je..hmm,apa lagi,kami pekena taka..tp,aku nak betulkan entry yg sebelum ni,taka telah dibuang tanda halalnya..aku taktau nape..tp aku decide ambil vegetarian shj(kedai ni tak jual pork ke apa,tp tanda halal tu mmg takde)
Selesai mkn,kami sambung jalan² lagi area city,disebabkan dulu dah pernah gi city,takdelah tgk apa sangat.Pastu aku decide nak pergi garden city,tujuannya nak beli barang makanan.nanti nak gerak ke lancellin & augusta boleh bawa dlm perjalanan.
Kami cuma beli roti,beras,perencah nasi goreng,dan nutella.Dah settle beli barang dapur,cepat2 balik guesthouse,takut tuan rumah tunggu,janji sampai pagi..tapi dah ptg batang hidung pun tak nampak..haha
Sampai guesthouse,ada note atas meja (kunci aunty tuh da bgtau siap2 dalam email ada dlm electric box).Aunty tu just suruh call ,nak jumpa nanti utk bayaran full.
Entry yg lain aku akan tunjukkan keadaan guesthouse ni,comel je.siap ada swimming pool bagai,boleh muat 7 org dalam guesthouse ni.
Malam tu kami lepak di san churros lak...hhehe,part plg aku suke.sedappp sgt..disamping tu aku order hot choc...classic spanish..choc yg sangat pekat ..haha.tapi a bit expensive la,bayangkan la 3 ketul churros tu dah 7 dollar,hish..balik malaysia aku cari resepi balun makan laki bini..kuikui..lagi layan..
ni la churros pujaan,skang dah tau buat,takyah cari jauh² dah..lalala ^^ |
Lepas lepak dl.m sejam..,layan fb jap..kami pun balik rest
Settle untuk day 1,dalam kepenatan dlm flight tak tido,seharian berjalan..hati masih berbunga² menyebabkan aku sukar tido..excited tunggu keesokan harinya..=)
sneak peek for next entry :-
tadaa...image blur di belakang itu ialah sand dunes.didalam kegembiraan pun ada kekecewaannya..deng! |
No comments:
Post a Comment