Pages

Saturday, March 3, 2012

Singapura

As salam,
Lewat entry aku kali ni,jenuh gak nak edit satu²
Okay,2 hari lepas aku ke Singapore bersama hubs.Disebabkan masa honeymoon dulu kami pernah pergi ke Universal Studio,jadi kali ni memang kami tak pergi area Sentosa Island..just saja nak jalan² area China town,Arab street,Bugis street etc.

Seawal pukul 4 pagi kami telah bertolak dari rumah..mata yang berat dgn muka yang mengantuk tidak mematahkan semangat kami.Perjalanan mengambil masa 3 jam sahaja sepatutnya,tapi kami singgah solat subuh & sarapan di RnR Pagoh dalam sejam..laju gak hubs bawak..
lepas solat semua baru lah lega nak teruskan perjalanan....kami tiba di border tepat pukul 8.30 am.


First destinasi kami:- Mustafar Centre
Punyalah excited sampai singapore,sikit pun tak snap photo.Dah keluar dari situ baru teringat tak amek gambar.haha
Kat sini bagi aku macam Mydin lah kalau kat Malaysia,tapi yang seronoknya dapat tengok banyakkk perfume & skin care yang murah².
Btw,sebelum ni aku pernah pakai perfume Escada Rockin Rio (limited edition) 6 tahun yang lepas.Nak cari dekat KL ni memang takde dah,sekali gile banyak ada kat Mustafa Centre nih,harga 48dollar..kali dengan 2.5...sangatt murahhh...syurga shopping utk para wanita..hihi

Hubs,seperti biasa tak minat bau-bauan nih,sebab setiap kali kat tempat perfume dia mesti pening.Last² beli bag scale,senang nak bawa ke mana² katanya .

Selesai shopping,kami menuju ke China Town 

dek kerana takut kesuntukan masa,kami hanya melihat kawasan sekeliling sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Merlion Park..kepala singa besar:P

 

Ramai gak pelancong waktu weekdays ni,aku tak sure if naik MRT kena naik stesen apa,tapi kalau bawa kereta just park dalam bangunan.Rate agak mahal, 2.50 dollar untuk setengah jam yang pertama.
Kami terlebih beberapa minit,5dollar dihulur dengan muka yang tak puas hati..huhu

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bugis Street,kebanyakan dalam Bugis street ni banyak pakaian & souvenir.Kami sekadar membeli 2 fridge magnet dengan harga 1 dollar.Cukuplah sekadar kenangan.


poster di Bugis street..cat KILLER !mau di rejam kalau jumpe..hinsh hinsh

 Bugis Street & Arab Street berdekatan sahaja sebenarnya,.tapi area Arab Street kebanyakan jual carpet & kain² seperti di jalan Tar.Masa ni perut pun dah lapar,terbayang dah murtabak singapore.
Zam Zam restoran dah di depan mata,parking sahaja yang susah di cari..puas kami pusing 3-4 kali,akhirnya kami pasrah mencari destinasi lain.

Kami mengambil keputusan untuk lunch di Pasar Geylang Serai,dengar kata banyak kedai melayu di sana.Dari Arab street lebih kurang 7km sahaja.
Sampai sahaja,kami terus ke tingkat atas,disebabkan tak byk kedai yang buka,aku & hubs decide utk makan nasi briyani ayam & kambing.
Air jagung & mata kucing ,sedap sgt!



Selesai makan,badan pun dah terasa penat,kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke JB & check in di Blue Wave.Balik hotel,mandi & jamak solat..lepak² layan tv singapore..kuikui





Later aku sambung entry ke dua 
Assalamualaikum..tata








No comments:

Post a Comment