As salam,tadi baru je selesai bake strawberry cheese tart.Resepi semestinya daripada Kak Azlita..tapi tak berapa cantik lak bunga dia,first time buat..ada gak tersasar jadi bunga tak kembang,terlebih kembang pun ada..kuikui.
Malam² ni kalau shoot,dgn prop yang tak cukupnya..pakai lampu rumah je lah.Kalau cuaca petang,cantik gak lighting kan.
Cheese tart ni fav aku,tapi selalu jual kat kedai blueberry cheese tart,kebetulan tengok kat kedai tadi ada jem strawberry,terus beli
Actually aku nak share resepi dari Kak Ita ni,tetiba hujan lebat lak.Takut lak kilat² ni,Insyaallah esok aku share kan ye
ok,update.ni resepinya..terima kasih Kak Azlita.Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki dia kerana tak pernah kedekut ilmu.
Resepi asal: Azita
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
- Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
- Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
- Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
- Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
- Masukkan filling ke dalam kulit tat.
- Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Selamat mencuba
No comments:
Post a Comment