As salam,
Bertemu kita kembali hari Jumaat yang mulia ini. Suppose today aku nak pergi ke Matta Fair,tapi niat terbantut sebab terbangun lewat.Kalau nak redah Matta Fair dgn manusia² yang penuh,mmg tak la aku nak pegi lewat².Selalunya tiap tahun,se awal 7 pagi aku dah gerak dari rumah..
if ada kelapangan weekend ni baru pergi.
Harini rasa seronok sangat,kerana akhirnya tercapai gak impian nak buat rainbow cake ni.
Pernah tgk rancangan Martha Stewart buat rainbow cake sebelum ni,tapi dek kerana kemalasan.berbulan² resepi dibuat pekasam.
Tapi elok juga aku buat awal sehari,biar kek keras sikit,senang nak deco ^^
Masa bila kedai bakery area rumah aku tutup pun taktau..,pelik sungguh dgn signboard pun hilang..huwaa,sadisnye...
nak x nak,kedai fav aku now area Bangi.Ada 3-4 kedai bakery rasanya,seronok sangat tgk( shopping @_@ )
Rasanya ramai yang dah buat cake ni,resepi pun aku ambil dari Kak Azlita.Resepi asal dari Martha Stewart.
yg diolah dlm b.melayu oleh Zuraini Alias .tumpang share resepi disini ya
RAINBOW CAKE
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang
Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar
Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain
Banyak nye makan cake...huwaa, nom nom nom
Oklah,sampai sini sahaja dulu
Assalamualaikum
Tata
wow kemas giler layer! cun cun!
ReplyDeleteHaha..time kaseh..byk lagi kena blaja..aku ingat org jepun mana tadi,hehe
Delete