Pages

Saturday, March 24, 2012

Dermagic Simplysiti

As salam

entry ini tidak berkaitan dengan baking mahupun travelling..kuikui kui
Pernah tak korang dengar cream yang boleh menghilangkan stress? haa,kat sini aku nak share..hihi

Entry yang sebelum ni aku pernah bgtau kulit aku tidak pernah ada masalah,pakai lah krim pape insyaallah okay.tapi bila aku travel ke perth dulu,kulit aku jadi kering sangat² kerana perubahan cuaca.
Keadaan angin nya yang sejuk tetapi matahari yang terik menyebabkan kulit aku berubah jadi kering dan pedih.

Sejak tu kulit ku dah pandai buat 'perangai'..hehe,kejap okay kejap tak okay
If terlalu kena aircond lama sangat pun boleh kering.

Banyak product aku dah cuba,tapi tak berkesan.Malah aku tidak lah risau tahap maksima mengenai kulit aku,if kering,kering je lah..letak cream,2-3 jam pastu jadi balik..sehinggalah aku layan cerita korea..

ish..tercabar okay,melihat kulit mereka yang flawless...gebu senantiasa...bukan takat perempuan ,lelaki pun begitu...abaikan jika mereka membuat plastic surgery..terlintas niat di hati untuk menjaga semula kulit ku ini.

Ramai yang tahu Dato Siti telah melancarkan produk skincare.faktor aku tertarik ingin mencuba kerana asal pembuatannya di Korea..


first product yang aku beli Simply 5 cream SimplySiti
Bagi aku cream ni sangat wangi,product Siti kebanyakan nya wangi² , aku suka ^^

simplysiti.com.my



second,aku beli Dermagic Simplysiti
aku pernah menggunakan product lain semata² untuk menghilangkan kering 
,percubaan pertama selalunya kulit aku akan pedih,selang beberapa saat baru pedih hilang.

TAPI..untuk pertama kalinya ketika mencuba tester dermagic,sejukkkknyaaaa..lembuttt je rasa kulit
sila tekan² pipi anda dengan satu jari selepas memakai cream ini..

gebu..gebu..gebu..toing toing toing....(aha,percubaan memuji kulit sendiri)

katanya cream ni mampu menghilangkan stress,aku tak perasan perubahan stress pada diriku,sebab bila pakai terus sejuk & lembut pipi..mungkinkah itu faktor membuatkan kita gembira?

jadi,aku ingin suggest kan kepada sesiapa yang berkulit kering..bolehlah try product dermagic.akan ku bawa ketika travel ke perth,senang tak perlu pakai byk² cream.
Price : rm40 lebih....boleh lak lupa,inilah akibat bila ambil tapi hubby yang bayar..hihi.

okay,before aku menutup tirai..maybe dalam jarak terdekat ni aku tak upload apa² recipe or update tentang travel,minggu depan merupakan minggu yang sangat hectic.Lagi seminggu untuk ke perth,jadi schedule agak padat untuk menguruskan kerja + baki² preparation.

Assalamualaikum

Tuesday, March 20, 2012

Banana cake with choc ganache

As salam

Harini aku nak share resepi cake pisang with choc ganache.
Pagi-pagi lagi dah bertukang di dapur,dah terbayang 2-3 hari nak buat,tak boleh jadi nih..harini kene buat juga..haha
Dan ini lah hasil nya...tadaaa
teknik deco mendeco masih perlu diperbaiki :p


Pada mulanya teringin nak makan secret recipe..banana choc cake...tapi tiba-tiba terbayang kek pisang version melayu nih,hmmm..best jugak kan kalau mkn dgn choc ganache..tu yang terbayang hari-hari..ish ish..gebu gebusan la badan


Resepi aku masih menggunakan resepi entry yang lepas,sebab kek pisang dia lembut sangat..
Selesai bakar,aku try nak buat checkered,tapi kek nipis je,boleh buat 2 lapis..tak jadi la checkered.
Nak bagi rasa pisang,lepas letak choc whip cream kat tengah-tengah,aku letak hirisan pisang...
Sedapnyeee chocolate dgn pisang ^^

Aku suka resepi choc ganache ni,mmg kalau buat aku akan pakai resepi ni...

Hasil google yang aku lupa info dari mana

2 cups non dairy whip cream
200gram cooking choc (aku kurangkan)
sedikit susu pekat/golden syrup
1 sudu butter

panaskan kan non dairy whip cream sampai timbul buih ,padamkan api
masukkan choc dan kacau 
masuk sedikit susu pekat & butter ,kacau sampai cair..siap! ^^

Jemput makan,
Assalamualaikum..tata

Thursday, March 15, 2012

Checkered Rainbow Cake..yum!


As salam,
Bertemu kita kembali hari Jumaat yang mulia ini. Suppose today aku nak pergi ke Matta Fair,tapi niat terbantut sebab terbangun lewat.Kalau nak redah Matta Fair dgn manusia² yang penuh,mmg tak la aku nak pegi lewat².Selalunya tiap tahun,se awal 7 pagi aku dah gerak dari rumah..
if ada kelapangan weekend ni baru pergi.


Harini rasa seronok sangat,kerana akhirnya tercapai gak impian nak buat rainbow cake ni.
Pernah tgk rancangan Martha Stewart buat rainbow cake sebelum ni,tapi dek kerana kemalasan.berbulan² resepi dibuat pekasam.

 Actually kek ni dah buat malam semalam,cuma whipping cream xde,pergi kedai bakery lak dia tutup.
 Tapi elok juga aku buat awal sehari,biar kek keras sikit,senang nak deco ^^


Masa bila kedai bakery area rumah aku tutup pun taktau..,pelik sungguh dgn signboard pun hilang..huwaa,sadisnye...
nak x nak,kedai fav aku now area Bangi.Ada 3-4 kedai bakery rasanya,seronok sangat tgk( shopping @_@ )


Rasanya ramai yang dah buat cake ni,resepi pun aku ambil dari Kak Azlita.Resepi asal dari Martha Stewart.
yg diolah dlm b.melayu oleh Zuraini Alias .tumpang share resepi disini ya

RAINBOW CAKE
3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang

Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. 
sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C

Ayakkan tepung, baking pwder dan  garam ~ ketepikan

Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan  gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih  dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar

Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan

*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar

Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata
Masukkan dalam loyang
Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.
 
Bila dah masak letak atas redai
Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan
Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan
Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain



Banyak nye makan cake...huwaa, nom nom nom

Oklah,sampai sini sahaja dulu
Assalamualaikum
Tata

Monday, March 12, 2012

^_^

Assalamualaikum
Mendung je harini kan.Sesekali hujan renyai turun menambahkan suasana yg sejuk dan nyaman.
Hari ini alhamdulillah tercapai juga hajatku utk berpuasa qada.Selalu sgt terlupa dek kerana kesibukan kerja.
byk kali gak aku mengingatkan diri nih,jgn duk kejar kekayaan di dunia shj.

Papepun,jadual hari ni agak padat.banyak kerja yang aku perlu buat.
Tapi alang-alang berpuasa tu,teringin gak juadah berbuka yg sedap..eh sedap ke aku masak nih..hihi

Harini aku buat mee rebus,makanan fav aku ketika masih sekolah.Masa sekolah dulu hari-hari duk cari mee rebus dekat jalan peel,kl...sedap sgt.tapi sekarang kedai tu dah takde,aku pun taktau mana pakcik tu pindah.
 Memang susah dah nak cari mee rebus sesedap pakcik tu buat.. rasa yg lebih kurang aku penah rasa ,mestilah mak aku yg buat.dia tau anak dia suka ,tu yg dia belajar buat..mmg terangkat kalau mkn..



Resepi ni aku ambil dari link ni... Tapi aku dah olah serba sedikit,masa beli bahan pagi tadi pun..kalau aku, suka letak udang besar-besar..tapi atas permintaan hubs dia nak letak fishball,fishcake,sotong ball...yg ala2 steamboat tu..aku siap kata lagi,mcm budak2 makan...hehe,layan je lah..janji dia suka.mee pun aku tukar guna spaghetti.sedap juga rasanya


Sambil duk tunggu kuah mendidih,sempat lagi tgn mencapai tepung untuk di uli,dalam beberapa hari ni duk teringat donut taufu/tofu/tauhu( banyak version lak nak sebut) je.tak pernah rasa,tapi tgk kat blog org.geram lak nak buat

Hasilnya mmg tidak menghampakan,lembut sangat2..selalu buat donut biasa,bila tambah taufu mmg lembut sgt doh.
Resepi aku ambil dari blog jintanmanis






300 gram tepung gandum
125 gm taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ~ dipukul sedikit mengunakan garpu
160 ml susu suam atau air suam
40 gm shortening
4 sudu besar gula
6 gm yis
100 gm tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.


Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

  Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.


Alhamdulillah,kenyang dah kami berbuka.
Btw,sejak dua tiga hari ni tidur tak berapa nak lena..ada anak kucing baru datang rumah aku,kucing jiran aku..comel sangat²...keje dia pukul 2-3 pagi duk gegarkan grill rumah aku..hish,seriau...ni mesti TimTam yang mengajar..nasib baik comel.
oklah,sampai sini sahaja dulu...til then, Assalamualaikum...tata

Thursday, March 8, 2012

Singapura 2#

As salam,
ok kali ni aku sambung entry ke 2 tentang singapore

Malam tu lepas lepak²,pas Maghrib kami masuk semula ke Singapore untuk dinner,mission malam ni nak cari teacinno..seyes sedap,rugi kalau tak rasa.

Sebelum pergi singapore lagi aku dah buat research mana nak cari teacinno ni,susah sungguh...dah google pun tak byk info yang dapat.Then,hubby check semula gambar² sewaktu kami lepak bersama client dulu..

Hubs: hah,ada pun gambar,cuba kita tgk area dalam gambar ni
teacino yang sedap,snap pakai hp je


sampai mcmtu sekali mencari..haha

berpandukan gambar yang ada,kami hanya dapat 2 clue...Spize & Shell..eh,macam Amazing Race lak

Selepas di google,ada 2 sahaja kedudukan restoran spize & lokasi yang kami cari ialah di Bedok.

Berpandukan gps,kami dengan bersemangatnya mencari teacinno pujaan..
.sekali bila sampai...
laaaa,,awat restoran cinaaaa nihhh...hahaha,salah address la nih.hadoii..main² lak gps ni.

Aku try search gps Shell yang terdekat...haa,tak jauh dah ni..kami bergegas ke sana dengan perasaan yang tidak yakin,betul ke tak tempat ni.ker salah address lagik..

ALHAMDULILLAH..akhirnya sampai gak destinasi kami...rupa-rupanya area ni Food Court gak, dan restoran yang kami cari bukanlah restoran spize..tetapi restoran di sebelahnya..Enak-enak restoran.haihh~
restoran ni ada tanda halal,no worries!


puas hati dpt teacinno

Harga ok,not bad.standard makanan di Malaysia gak,tp jgn lah convert ye
Makanan aku tak berapa highlight sgt,sebab sama je ngan makanan kita,lebih kurang.
Lepas makan,kami balik semula ke hotel & tido...zzzz~


Keesokannya pulak,dah alang² di JB,rugi rasanya kalau tak menikmati mee rebus johor,tapi sebelum lunch..kami decide nak pergi The Zon,kompleks bebas cukai.


Kalau ke sini,kami beli coklat je lah.whittakers,kitkat menjadi idaman.
Masa pergi tu ada promotion ,choc Reese beli 2 free 1...best².,boleh bawak balik bagi sedara mara sikit.
tapi bagi aku sebagai penggemar makanan manis..choc Reese terlalu manis.Sampai harini tak habis..huhu




ada 3 kedai choc dalam the zon

Lepas shopping choc,masa ni lah nak menikmati mee rebus! nyummm


Tercapai dah semua hajat,kami mengambil keputusan untuk pulang ke rumah..rindu kucingku TimTam
On the way balik tu sempat singgah Premium Outlet,rasanya kebanyakan yang masuk singapore,mesti bila balik singgah ke PO dulu,cuci² mata.


 
Sambil jenjalan tu rasa mcm dekat Harbour Town,perth lak...hihi,sungguh mengimbau kenangan  masa jalan² terhidu bau yang menusuk hidung,wahh sedapnya bau.
Rupa²nya ada kedai yang jual makanan ala² hot rolls,nama dia crepe signature.Apa lagi,terus beli 2 set.Cara order dia mcm nak masuk hospital kerajaan lak,ada number bagai,dah siap dia akan panggil num yg di beri pada kita.


crepe signature
posing je ;)
 Dekat sejam gak kami window shopping,selesai menunaikan solat jamak,memandangkan hari pun semakin gelap..kami terus bergerak pulang.
Overall,percutian kali ni agak memenatkan memandangkan kami bermalam sehari sahaja.Tapi sangat best sebab segala hajat telah pun tercapai..huahua.Insyaallah ada rezeki lebih boleh pergi lagi.
pose sebelum balik, tata JB~





Wednesday, March 7, 2012

Tergendala

Entry singapore tergendala seketika,tiba² gigi aku bengkak..dulu simen yang kecil molek tu pernah tertanggal,disebabkan malas nak pergi clinic,hati disedapkan dgn berkata 'alah,dah besar² ni takdelah sakit,simen tu hilang'
nah lepas 2 tahun,amek ko. sakit yang tak hingat! nak kunyah roti pun susah,terpaksa la bertukar menu 2-3 hari ni.Insyaallah dah ok sikit aku akan update tentang singapore.
Assalamualaikum
moi peneman setia
p.s sudu korea tu diberi oleh member ku yang baru balik korea...:):) hari² guna

Saturday, March 3, 2012

Singapura

As salam,
Lewat entry aku kali ni,jenuh gak nak edit satu²
Okay,2 hari lepas aku ke Singapore bersama hubs.Disebabkan masa honeymoon dulu kami pernah pergi ke Universal Studio,jadi kali ni memang kami tak pergi area Sentosa Island..just saja nak jalan² area China town,Arab street,Bugis street etc.

Seawal pukul 4 pagi kami telah bertolak dari rumah..mata yang berat dgn muka yang mengantuk tidak mematahkan semangat kami.Perjalanan mengambil masa 3 jam sahaja sepatutnya,tapi kami singgah solat subuh & sarapan di RnR Pagoh dalam sejam..laju gak hubs bawak..
lepas solat semua baru lah lega nak teruskan perjalanan....kami tiba di border tepat pukul 8.30 am.


First destinasi kami:- Mustafar Centre
Punyalah excited sampai singapore,sikit pun tak snap photo.Dah keluar dari situ baru teringat tak amek gambar.haha
Kat sini bagi aku macam Mydin lah kalau kat Malaysia,tapi yang seronoknya dapat tengok banyakkk perfume & skin care yang murah².
Btw,sebelum ni aku pernah pakai perfume Escada Rockin Rio (limited edition) 6 tahun yang lepas.Nak cari dekat KL ni memang takde dah,sekali gile banyak ada kat Mustafa Centre nih,harga 48dollar..kali dengan 2.5...sangatt murahhh...syurga shopping utk para wanita..hihi

Hubs,seperti biasa tak minat bau-bauan nih,sebab setiap kali kat tempat perfume dia mesti pening.Last² beli bag scale,senang nak bawa ke mana² katanya .

Selesai shopping,kami menuju ke China Town 

dek kerana takut kesuntukan masa,kami hanya melihat kawasan sekeliling sahaja sebelum meneruskan perjalanan ke Merlion Park..kepala singa besar:P

 

Ramai gak pelancong waktu weekdays ni,aku tak sure if naik MRT kena naik stesen apa,tapi kalau bawa kereta just park dalam bangunan.Rate agak mahal, 2.50 dollar untuk setengah jam yang pertama.
Kami terlebih beberapa minit,5dollar dihulur dengan muka yang tak puas hati..huhu

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Bugis Street,kebanyakan dalam Bugis street ni banyak pakaian & souvenir.Kami sekadar membeli 2 fridge magnet dengan harga 1 dollar.Cukuplah sekadar kenangan.


poster di Bugis street..cat KILLER !mau di rejam kalau jumpe..hinsh hinsh

 Bugis Street & Arab Street berdekatan sahaja sebenarnya,.tapi area Arab Street kebanyakan jual carpet & kain² seperti di jalan Tar.Masa ni perut pun dah lapar,terbayang dah murtabak singapore.
Zam Zam restoran dah di depan mata,parking sahaja yang susah di cari..puas kami pusing 3-4 kali,akhirnya kami pasrah mencari destinasi lain.

Kami mengambil keputusan untuk lunch di Pasar Geylang Serai,dengar kata banyak kedai melayu di sana.Dari Arab street lebih kurang 7km sahaja.
Sampai sahaja,kami terus ke tingkat atas,disebabkan tak byk kedai yang buka,aku & hubs decide utk makan nasi briyani ayam & kambing.
Air jagung & mata kucing ,sedap sgt!



Selesai makan,badan pun dah terasa penat,kami pun mengambil keputusan untuk pulang ke JB & check in di Blue Wave.Balik hotel,mandi & jamak solat..lepak² layan tv singapore..kuikui





Later aku sambung entry ke dua 
Assalamualaikum..tata








Friday, March 2, 2012

Strawberry Cheese Tart


As salam,tadi baru je selesai bake strawberry cheese tart.Resepi semestinya daripada Kak Azlita..tapi tak berapa cantik lak bunga dia,first time buat..ada gak tersasar jadi bunga tak kembang,terlebih kembang pun ada..kuikui.



Malam² ni kalau shoot,dgn prop yang tak cukupnya..pakai lampu rumah je lah.Kalau cuaca petang,cantik gak lighting kan.




Cheese tart ni fav aku,tapi selalu jual kat kedai blueberry cheese tart,kebetulan tengok kat kedai tadi ada jem strawberry,terus beli




Actually aku nak share resepi dari Kak Ita ni,tetiba hujan lebat lak.Takut lak kilat² ni,Insyaallah esok aku share kan ye


Sampai sini sahaja dulu,selamat berhujung minggu ^^

ok,update.ni resepinya..terima kasih Kak Azlita.Semoga Allah melimpah ruahkan rezeki dia kerana tak pernah kedekut ilmu.


Resepi asal: Azita
Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Selamat mencuba

Thursday, March 1, 2012

Salam Jumaat

As salam semua,
sekejap saja dah hari Jumaat kan,bagi yang kerja weekdays mesti semua excited nak masuk weekend.Bagi aku yang kerja weekend,alaa..dah habis dah weekdays..haih~

Dah 2 hari aku tak jenguk blog,ini kerana aku & hubs menghilangkan diri kejap ke kota singa sekali lagi.Actually plan ni last minute,sebab masa anniversary tu ingatkan nak celebrate kat sana.Di sebabkan kesuntukan masa hasrat tersebut dilupakan.
Kebetulan minggu ni ada masa terluang..tu yang selamba pergi.
Tapi harini aku tak update cerita tentang singapore,banyak sangat gambar² nak resize balik.Insyaallah if esok ada masa terluang aku share kat sini.

Harini just nak share juadah di pagi hari..kek sarang semut @ kek gula hangus.
Mudah resepinya,cuma jenuh nak menunggu je la sebab nak bagi kek ni bersarang kene peram 3-4 jam.




Masa bancuh adunan ni pun dah malam,nasib baik tak lupa nak bakar.


 Tapi alhamdulillah jadi sarang dia,masa tgk recipe ni pun takut gak nak buat sebenarnye.Sebab ada yang bagi comment kata tak jadi,dah la 3-4jam perap.Seronok sangat² bila jadi sarang² tuh.
Actually kek ni pun hubs suka,hampir semua kuih tradisional yang lembut² memang fav dia.Hajat hati nak bagi jiran sebelah pun tak kesampaian sebab hubs kata nak mkn semua.haha




Oklah,ni resepi yang aku google .Terima kasih empunya resepi widad dari my resipi.

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"




Senang kan bahan dia? jom buat lagi,selamat menunggu ~ ;) ;)