Pages

Wednesday, February 22, 2012

Little Korea

As salam ,
Harini ada banyak kerja sikit...selesai breakfast nanti kena turun Kl...mcm jauh je bunyi guna ayat 'turun kl'.Aku malas bab² turun KL ni,tension jem 24/7.
Alang² turun tu aku balik Ampang jap tgk mak..yg bestnya mak aku ni kalau kata nak datang,mesti dia suka masak,pastu gile byk!..fav aku kalau mak masak mesti sambal ayam..tapi nak dikirakan,apa je dia masak semua fav..dah kahwin ni barulah duk sibuk rindu air tangan mak .

Maybe lepas tu kalau sempat aku nak pegi Little Korea kat Ampang,aku membesar di Ampang..nape aku boleh taktau tempat nieh?? hadoi..malu sungguh..Boleh usha kat sini ,ada byk kedai,tapi tak semua kedai halal..aku dapat info ni pun dari cousin aku..hope ada rice cakes,teringinnn sangat nak try.Tempat ni somewhere area Ampang Point,aku sendiri tak sure kat mana.Just main redah je nanti.

Berbalik pada breakfast,aku sediakan kek pisang.Actually aku buat malam semalam,tension buat editing terus masuk dapur.
Resepi aku dapat dari Kak Azlita,aku sangat minat dgn blog dia..hari² kalau tak ngadap tak sah..dan dia juga adalah faktor yg menyebabkan aku rajin nak ber 'blogging' balik,sebab Kak Azlita tak lokek ilmu.Dulu pernah ada blog,tapi disebabkan penyakit 'M' melanda,sampai sekarang tak sentuh.Last² buat blog baru..

 Ok,ni resepi
tumpang share ye Kak Ita

KEK PISANG SEMPOI
By: Sofinar

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
Masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda 



Bestnyeeee kek nih! Walaupun bahan simple,tapi gebu & moist sampai ke harini.nyum nyum,nanti boleh buat lagi ^^

No comments:

Post a Comment