Pages

Thursday, February 16, 2012

Kuih bom bijan

Assalamualaikum,
Berjumpa lagi kita di pagi Jumaat yang indah ini.Alhamdulillah kerana aku masih dapat bernafas,menghirup udara yang segar.Syukur kepada yang Esa.

Harini aku kurang sihat,sakit tekak sejak 2hari lepas,lepas sakit tekak menjangkit pula selsema & panas badan.
Semalam tengah otw ke Mines,hubby cerita zaman persekolahan dia,boleh lak cerita dgn aku part paling dia suka kat sekolah ialah 'Kantin' ! Bertuah betul..hehe

Aku pun tanya lah,apa fav kuih dia waktu zaman sekolah ,terus dia ckp semua dia suka.Kuih bom,donut,cekodok,mee goreng..ehhh,mee goreng pun ada. Dah syok dia cerita ,terus ckp teringin makan kuih bom...


Jarang benar dia request nak makan apa,selalunya apa yg aku masak,tu la dia mkn.Memang senang jaga hubby aku nih.So bila dia dah mintak tu,kompem la hati berbunga² tak sabar nak buat.Pagi tadi selepas solat subuh terus masuk dapur..
Ikutkan hati tak larat lak,sebab demam makin melarat mlm tadi..tapi ku gagahkan diri


Akhirnya siap gak,sonok tengok bila kita masak ,org akan makan eventho menu yg sgt simple!
Bahannya pun senang,semua dah ada kat dapur.Kuih ni pun kegemaran aku gak terutama waktu minum ptg.Kejap je licin


Ok,last skali aku share resepi ni,yang aku buat ni takde sukatan,maklumlah..masakan org dulu² mana ada sukat-sukat nih,semua main lebur..so utk sukatan yang lebih detail aku copy paste dari my resepi ye.resepi ni di beri oleh Malia_lajat

  • INTI KELAPA MANIS:-
  • setengah biji-kelapa putih
  • 10 sudu-gula merah/gula perang
  • 7 sudu-gula
  • 1 helai-daun pandan
  • 1 sudu-tepung gandum(untuk melekat inti supaya xberderai)
  • ADUNAN BAHAN LUAR:-
  • 3 cawan-tepung pulut(jenama ERAWAN)
  • 1 cawan-tepung beras
  • 1 cawan-air gula(suam)
  • proses terakhir:>BIJAN<(di golekkan)

Cara-cara

  1. Untuk buat inti:- masukkan setengah cawan air kedalam kuali bersama gula merah,daun pandan..apabila air gula merah sudah mendidih,msukkn kelapa dan gula..biarkn mendidih sampai air agak2 kering,msukkn 1 sudu tepung gandum.kacau hingga betul2 kering&tidak berair.
  2. kemudian sejukkan inti..dan apabila inti sudah sejuk,cedok dgn sudu kecil..kepal2/bulat2 inti itu,asingkn inti yg sudah dibulatkn tu.
  3. apabila inti sudah ready,buat pula adunan tepung untuk bahan luar..campur tepung beras&tepung gandum,gaul dgn tangan kering utk sebatikn tepung..kemudian tuang air gula sikit2 smbil tu uli hingga adunan sedikit keras..
  4. sapu di tapak tangan sedikit minyak,kemudian ambil adunan tepung sebesar bola golf,kepal2/bulat2 kn..kemudian tekan dihujung2 hingga leper &nipiskn sedikit.masuk kn inti yg sudah dia bulatkn,kemudian cantumkn adunan leper tadi hujung ke hujung..bulatkan nye semula..
  5. di dlm bekas lain sedia kn bijan,dan golek2 kn adunan yg sudah di bulatkn tadi.kemudian layang2 kn dia antara dua tapak tangan supaya bijan yg tidak melekat akn kuar dgn sdri..
  6. goreng kuih bom dgn api sederhana pada 5 minit permulaan..kemudian bru besarkn api sambil kacau digolek2 dlm kuali.
  7. agak2 kekuningan angkat dan tos kn minyak nye..
  8. bole la di jamu dalam keadaan kuih msih pnas..kuih bom resepi saya ni masih lembut dan garing walaupun sudah sejuk..SELAMAT MENCUBA...:-)

No comments:

Post a Comment