Sunday, February 26, 2012

Bunga rampai

As salam semua,
Petang Ahad mcm ni mesti seronok kalau dapat minum petang dgn family tercinta.Teringat lak kat kampung family mentua,petang² camni ayah akan ckp warung mak saba(nama mak mentua aku) dah buka,dari pukul 6-7pm saje...hihi,comel je

Entry ni aku nak list kan tempat yang aku travel this year,takdelah byk pun.Ada yang dalam perancangan,& ada yang dah confirm.

1.Perth,Australia
2.South Korea
3.Kuching,Sarawak
4.Singapore..again -_-

ok,ini saje..huahua...plan ni semua awal tahun,untuk hujung² tahun,insyaallah ada rezeki lebih baru aku bukak cite :p

Tadi baru je selesai shoot photo kek ,hot from the oven lagiks~
Kek ni resepi turun-temurun mak aku,memang menjadi favorite family dari kecik sampai besar.Ada banyak resepi kat internet pasal kek nih,macam² version..tp yg aku tunjuk ni version ori dari mak aku.jom kita tgk
Kek Bunga Rampai
Bahan
1 cawan tepung kek (timbun)
3/4 cawan castor sugar
4 biji telur
250gram butter 
kelapa tin-asing 3 warna
esen vanilla

or nama dedolu Kek kelapa
Pukul butter sehingga kembang,masukkan gula & pukul rata.
Masukkan telur bersilang seli dengan tepung kek,kemudian masukkan sedikit esen vanilla,pukul lagi .

Asingkan kelapa kepada 3 warna,terpulang pada citarasa.
Taburkan ketiga² color ke dalam adunan.kaup balik kan(jgn kacau kuat²,nanti color dia bercampur) Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang dan taburkan sedikit lagi ketiga² kelapa.
Habiskan adunan & tabur kelapa lebihan tadi sebagai hiasan.

Senang kan,yumm..oklah,nak pi mkn dulu ^_^


No comments:

Post a Comment