Pages

Monday, April 30, 2012

Day 4 -Road trip to Augusta

Day 4
As salam...harini adalah hari yg di tunggu²...kami akan buat road trip ke augusta!
Perjalanan ,memakan masa selama 5-6jam.
Sepanjang perjalanan ada beberapa tourist spot yg akan kami singgah


Seawal 6 pagi kami dah gerak dari Lynwood...angin yg sejuk membuatkan aku menggigil²...tp bestt..hihi
Around 7 am kami sampai di mandurah(mandurah ni ada lambang snake,mandrake)
Lepak jap kat tourist info dia..kat sini ada cicerellos ,st churro dan beberapa kedai lagi..lyn gak kalau lepak sini..tp pagi sgt..sume tutup lagi


layar ?

Then,kami ke arah abingdon miniature village..hajat hati tak kesampaian sebab diorg open at 9.30am...huhuhuh...jadi aku decide dari membazirkan masa tunggu,kami terus bergerak ke bunburry dulu
otw ke bunburry
Hmm..ada apa kat bunburry?kat sini ada thrombolites.pemandangan yang sangat cantik...subhanallah....
Kami pegi masa ni air surut...bagi aku kawasan ni kena air tak berapa tinggi sgt & tak berapa surut sgt baru nampak cantik kalau shoot photo...tp mmg breathtaking area ni...nyaman je rasa...


sebelum sampai ke lake clifton,kami breakfast jap.bawak nasi goreng & roti dari rumah.





kunun petik buah..mana nye buah..tgh autumn..sobsob

Selepas habiskan masa dlm setengah jam,kalau bole nak duk lama..tp perjalanan jauh lagi.kami bergerak ke busselton..ni pun aku excited gak..tapi ~..almaklumlah..pegi salah tarikh..cuti sekolah..
diorg ni lak siang2 tak suka duk rumah kot...penuhhhh sangat²..aku tgk pic blogger lain pegi lengang je...aku pegi sepadat² org yg dtg..dengan anjing kiri kanan...oh takleh jadi...skipppp..esok pegi

straight busselton jetty,masuk kiri ke margaret river
Then terus la ke margaret river....first spot kami pergi- Cheese tasting
Boleh la try rasa sikit² cheese dia..tp jaga² dgn bahan dia...tgk or tanya ingredients tu dulu ya


ada lebih 7-9 jenis cheese boleh test..tapi tak berani nak try semua.


Then,kami menuju ke Margaret River Choc Factory.Kat choc fact. lak kami lepak minum kat cafe yg disediakan..
Real hot choc & Iced choc with vanilla ice cream.mesti pilih yg ni.terutama iced choc..mm mm!

my iced choc with ice cream

hub's real hot choc

 kebetulan matahari harini terik sebab awan takde,ohhh...layan nya minum air sejuk.
kami beli gak choc sikit buat souvenir


untungnya dtg waktu easter dpt la tgk menda camni.plus banyaakkk gile choc bentuk bunny..tp aku tak beli :(



free tasting

Pastu bergerak ke nut and cereal...kedai diorang berjiran,tapi jauh 1-2min antara satu sama lain.
yg ni kedai tak bape besar sgt..byk kekacang dia jual..tp kami tak beli pape kecuali sekeping biscuit berharga 2 dollar.
Oh,btw..sepanjang perjalanan.aku tgk jalan raya takde lubang² pun.walaupun kawasan pedalaman,jalan diorang elok & teratur je.





Selepas tu kami bergerak laju ke arah augusta...yayy...our last spot for today..cape leeuwin lighthouse!
Kawasan ni sangat sukar diungkapkan..sangat cantikkkkk...subhanallah...mmg cantik ..itu je aku leh cakap..gambar pun takleh lawan..kita kena merasa sendiri kat sana.
Kami siap amek gamba lompat2 lagi..kuikui


otw,jumpa nama road ni...mcm pernah dgr ada forumer kata aussie ni dulu melayu duduk...hmm,later mau google
pintu masuk

tuuu dia~



Tiba2 masa ni ada uncle dtg ajak borak..dia singaporean ,bawak awek korea sorang ni jalan²..
ingatkan travel agent..rupanya dia saje bawak minah ni jenjalan...uncle tu siap cerita first time jumpa awek korea ni boleh ngam..siap kata don't tell my wife...huk ala,mcm aku kenal je wife dia...miang uncle ni yeh..kuikui

Oh,lupa lak nak bgtau..kami check in di augusta hotel motel...kawasan ni sunyi je..tp bersih & selesa..harga pun not bad...cuma takde dapur ...berdepan dgn IGA...mlm kami beli maggi cup kat iga & potato chips.
btw,aku taktau haritu sale ke apa..potato chips smith's kalau kat city sgt mahal.tapi masa aku beli kat augusta,pek besar 1.50dollar sahaja..sekali mat salleh amek 2-3 bag.maybe diorang wat sale haritu kot..taktaulah..tapi if siapa² pergi boleh la beli buat alas perut..sebab tempat lain mmg tak dpt harga camtu:)



depan hotel,kawasan ni sunyi dan tenang

Ok itu saje utk harini...mlm aku tido awal sebab penat sgt..walaupun perjalanan yang memenatkan,tapi sgt seronok.terutama masa di cape leuwin.
Insyaallah tomorrow akan ke beberapa tempat menarik yg telah di skip harini

Thursday, April 26, 2012

Kek Karamel/Caramel Cake

As salam semua,
Bertemu kembali kita pada hari Jumaat yang indah ini.Okay,harini aku tak update tentang Perth.terlalu rindu sgt dengan baking,akhirnya hari ini kek karamel dalam genggaman..kuikui

Bangun pukul 5.30pagi okeh nak baking sangat..hish hish
Alhamdulillah ini adalah kali ke 4 aku buat kek karamel,sebelum ni snap guna camera phone je..malulah nak tunjuk.Kek yang aku buat tak lah secantik org lain buat,tapi rasanya membuatkan aku asyik nak buka peti ais je..memang sedap!
Tapi tak berani lah nak buat selalu,sebab guna 6 biji telur..haiyoo..manyak bulat la nanti.



Actually malas nak buat kek karamel,sebab leceh sebenarnya nak buat..tapi disebabkan birthday mak mentua dah dekat,dan dia pun pernah rasa kek karamel ni masa first time aku buat...selalu gak dia kata sedap..jadi ingat nak suprise la birthday mak nanti...tu yang kena practice skill tu...

Oklah,kat sini aku nak share resepinya,aku dapat resepi ni dari blog kak Ita.minta izin copy ye ^^
Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir


Sediakan loyang 8 inc.

Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan  

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.

Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

entry kali ni tak cite pasal perth,tp tayang gak souvenir dari perth:p

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
  
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder


Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.


Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.

Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.



Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Cubalah,memang sedap!

Day 3 in Perth,shopping di Eshed

As salam
Hari ni terbangun lewat...huhuhu..terpaksa qada solat subuh..bgn je dah pukul 6.35am...
Lepas tu terus mandi siap2 & bergerak ke fremantle!! My oldtime fav!yay
Niat di hati nak ke fremantle market .sebab tgk dlm website dia bukak pukul 8am..tgk2  pasar basah je bukak..yg the hall bukak pukul 9am...lagi sejam nak tunggu..alang2 kami jln2 dulu














Then saje pusing2 area berdekatan..hari pun pagi lagi..mat salleh pun tak bgn lagi kot.
da letih jalan,kami terus gerak ke Eshed!!
Okay,dulu pegi sume kedai nak tutup sebab masa pegi dah pukul 5pm...alhamdulillah harini dapat tgk gak sume kedai kat sini bukak..memang meriah.
Tempat yg kami shopping, Aussin..dan kedai sebelahnya Megabes.
Aussin seperti biasa...mmg byk barang..
'TAPI, please make sure diorang tak tersalah calculate semua barang korang ya,ada yang kata diorang ni sengaja sebab nak untung lebih,wallahualam
Disebabkan hubby seorang yg sangat detail,setiap barang dia akan check berapa harga,ada brg harga $4,uncle Om tu calculate $7..ada lagi 2-3 barang dia kira salah.
Itu first time,second time bawa kakak lak..pun benda sama jadi ..huhu,jadi jgn terpedaya dengan keramahan aunty Aussin tu.
Bila tanya member yang menetap kat Perth,dia kata pernah kena tipu $100,kita ralit membeli ambil barang..sampai kaunter tgk2 price $200,oklah hulur credit card...balik2 check satu2 barang...calculate semua $100 je...haa,cemana tu
jadi jika nak beli kat AUSSIN ni,berhati2 la korang...pastikan dia kira & sebut satu2 barang tu.
btw,aku beli Koala bear kecik2 yang dalam ada 12 biji tu,kat luar $2,aunty aku beli kat belah dalam(kedai yang sama) harga $3..isk isk

Lain pula experience dengan Megabes,walaupun kedai dia kecil sedikit
tapi banyak barang baru,Tshirt design semua lawa2
Disebabkan kami selalu bawa member datang  ke Perth,mmg sekarang kami bawa ke megabes je.
Harga lagi murah,Uncle tu cakap..we can beat anyone price.If kita jumpa lagi murah kat kedai lain,dia boleh bagi lagi murah.Just tunjuk bukti(snap gambar) then tunjuk kat diorang,insyaallah diorang bagi discount lagi.
Lepas tu kat kaunter,each barang dia sebut satu2 berapa harga,siap bagi discount lagi.
Memang servis tiptop..cuma bersabar je la if tengah ramai orang,kedai dia kecil sikit






uncle megabes,dia cerita penah travel 8 days from sydney to perth drive bersama wife dia

Lepas puas menghabiskan duit..phewww..kachingg!!
Kami pun bergerak semula ke fremantle market..yay sume dah bukak..sonok sgt jalan kat sini.banyak benda boleh tengok..
ni time trading hours diorang yeh..aku paling suka part no dogs tuh..hihi
yumss
penerangan ttg park
the pine shop
the Hall
ape ntah nama benda ni,boleh main penyek² kan dia


macarons!
 
toilet dia sgt bersih
Kami juga sempat layan kebab di freo...freo kebab memang terbaik..yum!!
Nama kedai kebab ni Ali Baba kebab...before this ex client aku suh try hummus dia..layan gak cicah dgn hummus.sambil layan kebab,boleh tgk show kat tengah² jalan fremantle ni.
kebetulan ada art festival,mcm² aktiviti & persembahan

hello ..hello..hello!~
dog ni kencing merata²..pastu kena marah dgn tuan dia:p..ok,actually dalam tuh orang betul..haha


percubaan baling kapak dgn tutup mata
Selesai layan kebab,kakak aku kata nak beli sweater.Jadi sebelum gerak ke augusta keesokkannya,dia nak cari sweater tebal...
Kami pun ke good sammy.,victoria park(dah closed)...good sammy ni ada byk cawangan,dlm city pun ada...dia jual barang second hand,ala² kedai bundle...murah gak,around 5dollar per piece...okla bagi yg datang sehelai sepinggang..ada gak baju


Lepas beli,jam dah menunjukkan pukul 4pm...actually in itenerary aku nak ke cottesloe...tp better kami balik rumah,kumpul tenaga...packing barang nak bawa ke augusta...then layan swimming pool belakang guesthouse..haha...so today just relaks je aktiviti..
jom pulang!