Pages

Monday, August 27, 2012

Jb,Singapore,Legoland,Pizza

As salam
Beberapa hari lepas aku bersama hubs & kakak telah ke Singapore sekali lagi..kuikuikui..apela kan beraya kat singapore lak.

Actually niat asal untuk redeem anual pass untuk Legoland..sebenarnya bukanlah aku sanggup nak beli Anual Pass ni,buat habis duit jer..tapi disebabkan ada org bagi..haruslah bersemangat untuk dptkan kad anual tuh..hehe

Alang2 nak ke Jb,tu yang kami masuk ke singapore..tak jalan mana pun sebenarnya,just nak makan² di Bedok,if masuk singapore..mmg rasa tak best if aku tak makan kat sini..gambar² pun takdelah byk mana..just gambar makanan jer yg banyak.

roti john king di Bedok..sedappp

nasi daging hubs

my kueh teow,nampak jer kaler kicap..tp pedas woo
 Nape aku suka tempat mkn di Bedok ni..sebab :-
1. Ada tanda halal
2.Terlalu banyak menu sampai taktau nak pilih
3.Semua yg kami try semua dalam keadaan panas & sedap(setakat ni lah)
4.yg paling aku suka..servis cepattttt tahap jet..aku rasa tak sampai 5 min...5MIN yer,semua makanan dah sampai...kecuali fish & chips kakak aku yg dtg 2-3min kemudian..oklah tu kan..last year aku pergi,servis cepat,awal tahun aku pergi..still cepat...kali ni aku pergi...still gak cepat...clap clap clap
confuse aku camne diorang masak secepat tu..seriously recommended..mmg servis diorang tiptop..tak caye nanti dtg singapore boleh cuba
5.ada teacino :)

Keesokannya lak, lepas check out kami duk cari Mee Rebus tulang ZZ.makan lagi,hikhik.entry kali ni penuh makanan.
if dalam gps just cari je Sup tulang zz,kalau cari mee rebus mmg jumpa mee rebus stulang jer.
Keenakannya,aiyoo..sukar diungkapkan..sedapppppp...hihi..actually aku suka mee rebusnya je,tulang2 tu hubs yg makan :P
tak caye inilah gambarnya,sedapkan..siap bagi straw lak tuh..rasanya yang ada tulang ni rm8,yang biasa rm4-5


Lepas tu baru kami ke Legoland di Nusa Jaya,tempatnya tak buka lagi..insyaallah 15 september baru buka.Ramai beratur nak beli tiket,nasib baik kami gerak awal..
Pergi raya ke?

pakcik lego ni ada sound dengkur..hihi
Begitulah kisahku serba sedikit berjalan2 di waktu org lain masih rancak berhari raya.


Okay,alang2 aku nak cite dinner aku malam tadi.
Disebabkan dalam seminggu ni duk makan macam2...rendang,ketupat,kuah kacang...kuih raya jgn cakaplah..aku sorang boleh habis satu balang..
Jadi malam ini aku buat pizza..tukar selera pula..lagipun esok mak aku buat open house untuk rakan2 surau dia,sambil tolong hidang,bolehlah tumpang sekaki makan makanan raya lagi..montel la jadinya...raya nih dah naik 2kilo..uhuhuh
cheese pizza..fav hubby

Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam semua.
Kejap je kan dah nak raya,lepas ni rindu lah suasana berbuka bersama,menunaikan ibadah bersama..itulah beza nya dgn bulan2 yang lain..terasa sgt kemeriahannya..
Walaupun Syawal dinanti,terasa sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan..
Insyaallah jap lagi aku nak bertolak ke kg mentua..raya pertama bersama mereka..insyaallah raya ke 2 kami pulang semula ke Ampang untuk beraya dgn family aku pula.
Doakan semoga perjalanan kami selamat yer.Insyaallah

Disebabkan gambar raya malas nak godek.aku ganti dgn pic kawin aku kat Teluk Intan lah..muahaha.Masa ni pipi aku di pam2 mcm tayar basikal..Orang waktu kawin la diet,ni aku lepas kawin baru diet..kuikui

Okay,Assalamualaikum...Salam Aidilfitri..marilah kita menyambut Aidilfitri kali ini dgn penuh kesyukuran ^^

Friday, August 10, 2012

Kuih Raya

As salam
Disebabkan kerja yg menimbun sampai tak menang tangan,seringkali aku mengabaikan blog kesayangan ni.
Azam bulan puasa nak ambil setiap gambar juadah berbuka pun tak sempat..yela,timbul rasa malas bila dah penat masak² nak ambil lak gambar..hihi..memang tabik spring betul pada blogger yang rajin update juadah iftar mereka.

Tahun ni aku tak buat banyak kuih raya..eceh macam la sebelum ni rajin buat kuih.Cukup sekadar tart nenas resepi turun temurun ibuku & cornflakes madu..
Aku rasa cornflakes madu ni dah tak kira koleksi raya dah..kejap je depan tv ngap satu2 habis.nasib baik tgh proses diet balik sekarang..dpt la rasa seketul dua.

Kebiasaanya ibu aku akan telefon ajak buat kuih raya di rumahnya..dan kuih yang selalu kami buat semestinya tart nenas...mmg tiap2 tahun family aku takkan beli tart nenas kat luar..
bagi aku,resepi mak aku ni la paling gebu & sedap...if mak aku baca ni kompem dia kembang..kuikui..
padahal bahannya takdela beza sgt dengan resepi org lain buat..maybe sukatan mak aku buat kot yang menyebabkan dia sedap..sampaikan family mertua pun suka giler if aku bawak balik kg..Hubs jgn ckp la,dalam 2 hari dia boleh habiskan satu botol..hihi
tiap²  tahun tak sah kalau tak buat 500-600biji tart nenas..dan kebanyakan nya bukan org dtg makan..family sendiri gak makan..hehehe

Oklah,ni aku sajikan sedikit gambar biskut raya yang aku buat,btw pic tart nenas xde,sebab stok dah nyawa2 ikan...esok mulakan projek nak buat lagi...gambar yang ada tart strawberry & cornflakes madu je

sebelum masuk papercup

dah masuk papercup,add sprinkle,bakar 6min...siap!

tart srawberry...tart nenas lagi layan..nomnomnom
Maap kan ye if gambar² blur..tak menyempat nak menangkap gambo..tangan lak comot ..kuikui