Wednesday, August 15, 2012

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada umat Islam semua.
Kejap je kan dah nak raya,lepas ni rindu lah suasana berbuka bersama,menunaikan ibadah bersama..itulah beza nya dgn bulan2 yang lain..terasa sgt kemeriahannya..
Walaupun Syawal dinanti,terasa sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan..
Insyaallah jap lagi aku nak bertolak ke kg mentua..raya pertama bersama mereka..insyaallah raya ke 2 kami pulang semula ke Ampang untuk beraya dgn family aku pula.
Doakan semoga perjalanan kami selamat yer.Insyaallah

Disebabkan gambar raya malas nak godek.aku ganti dgn pic kawin aku kat Teluk Intan lah..muahaha.Masa ni pipi aku di pam2 mcm tayar basikal..Orang waktu kawin la diet,ni aku lepas kawin baru diet..kuikui

Okay,Assalamualaikum...Salam Aidilfitri..marilah kita menyambut Aidilfitri kali ini dgn penuh kesyukuran ^^

No comments:

Post a Comment