Monday, February 27, 2012

Penang & Alor Star

As salam semua,first of all.Enrty ni agak panjang,hihi

Hari ni aku nak bercerita tentang trip ke Kedah & Penang last year.
yelah,takkan travel ke negara orang je kan.Negara sendiri pun kena selesai trip dulu baru boleh sampai negara orang.betul x?:)
Bak kata orang,hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri.
Btw,tak semua pics menggunakan dslr,dek kerana kemalasan aku.

Since both places aku pergi dalam jarak yang terdekat,so aku decide untuk compile kedua² tempat ni.

Penang Island
This is the first time aku menjejakkan kaki ke Pulau Pinang,dah berpuluh tahun hidup baru first time..tengok komtar pun tak pernah.haha

Mission kiteorg kat sana tak lain dan tak bukan ialah Makan.Sampai² je awal pagi dah mencari 'serabai'
Serabai ni sangat sedap,maybe sebab aku ni penggemar makanan manis,tapi rasanya takla manis sepenuhnya..ada rasa masam² sikit.Seriously,siapa datang Penang kena rasa


 Disebabkan kami ada beberapa kenalan di Penang/Kedah (semua member hubs sebab dulu dia study Alor Star)..kiteorg siap call tanya member² apa yg best kat sini.
First yang aku tak sabar nak rasa,ialah Briyani Milani,restoran Kapitan.Aku bukanlah peminat briyani,if ada hidangan ni memang last choice baru aku ambil briyani...tapi entah kenapa bila sekali makan terus jatuh cinta...wahhh
Bagi akulah,sedappp sangat².Nasi dia yang panjang² & kuah yang lemak².Memang layan...
Second,kami try Hameediah,dekat campbell street...ada sorang member ni dia suruh try nasi kandar,lauk nya memang terbaik.Diorang suh try briyani gak,tapi tak semua briyani mampu menambat hati aku..haha,kapitan tetap pilihan num 1..

Briyani Milani,restoran Kapitan.A MUST TRY !



 Lagi apa yeh,haaa..pasembor lak.Ramai suruh pergi Padang Kota.Tapi,entah lah..lain lidah,lain rasa.Bagi aku tak berapa nak layan sangat..maybe lidah aku yang tak berapa lekat kot:p
Tapi yang menarik nya,pasembor yang ada tepi jalan area Penang lagi sedap,murah pun murah.Padang Kota ni agak mahalss,penat hubs ckp loghat Kedah dia pun kene bayo mahal,rm15 pasembor sahaja.Maybe diorang tau tourist? hmm..ok,father in law aku org penang,dia kata mmg kena tipu..haha..haishh~

pasembor & kelapa shake

 Pagi² if korang cari sarapan,jgn lupa singgah Restoran Roti Canai Jalan Argyll.If tak tahu mana,gps sahaja,memang ada.
Bagi aku, rasa okay..tapi yg different kuah dia memang banyak & di makan dengan daging yang agak tebal.
Masa mamak tu tanya.ayam ke daging... ingatkan dia bagi kuah kari daging/ayam mcm kat KL,kecik² je daging..sekali betul² daging 2 ketul .
Roti canai dia pula bagi aku standard aje,but its a worth try.



  Antara hotspot kami tak pergi,nasi kandar beratur & nasi kandar line clear.Sebab terlalu banyak yang kami makan..haha,sampai tak larat nak masuk lagi dah.Insyaallah ada rezeki boleh pergi lagi.

Penang juga merupakan tempat yang menarik untuk melancong.Dalam 2 hari pun kami x sempat habis explore.
Kebetulan hari kami pergi tu sabtu & ahad,teringin nak naik bukit bendera..tetapi melihat kesesakan orang ramai yg nak hiking.kami melupakan idea tersebut & terus ke next destination

Antara tempat yang aku pergi,toy museum & museum p.ramlee
pendapat aku
toy museum - not well maintained.Siap ada bau najis kucing..huhuhu
                     tapi yang menariknya,dapat tengok pelbagai jenis cartoon character & toy yg pelik².
                  

museum p.ramlee - Well Maintenance,tiada bayaran dikenakan.Masuk² je dah berkumandang lagu arwah.Museum ni separate dengan rumah yang pernah diduduki ketika arwah masih kecil.Kedua² tempat bersebelahan sahaja.Aku & hubs beli beberapa keping poskad untuk dibuat kenangan.



Itu adalah antara tempat & makanan yang menarik di Penang.


Kita pi Alor Star Kedah lak

Alor Star ni bagi aku,kena dtg dengan org Kedah sendiri gak.Baru seronok berjalan.Mission ke sini juga adalah makan..heheheh
Disebabkan hubs pernah duduk kedah selama 10tahun,dia tahu sedikit sebanyak selok belok area Alor Setar.

Antara makanan fav yang dia selalu pergi

Stadium Alor Star,nasi ayam
Kuey tiow Iman
Nasi Royal
Warung Astro belakang Mydin



kuey tiow iman. seriously sgt sedap

ok,ni pun sangat sedap.nasi royal,color nasi kuning²,kuah daging terbaik
kopi astro,hubs fav



pekasam

Semua kami try dan semua tidak menghampakan kecuali dekat stadium,masa pergi tak jumpa lak.Ada kata dah tutup,ada yang kata maybe pergi salah hari.Wallahualam.

Fav aku,Kuey Tiow Iman.(kaching~ anda adalah juara..huahua)

sedapnya sedapnya.
Ok,sesiapa yang mencari budget accomodation di Alor Star,boleh try motel 'LGH Boutique Motel
Phone Num :04-7319126 / 012-4099126
Email: lghboutiquemotel@gmail.com
                                   
Bagi aku tempat dia selesa compare to 3 star hotel yang ada di Alor Star,tempat mcm ni memang takde breakfast.Tapi utk apa breakfast di hotel jika melawat negeri yang penuh dengan pelbagai makanan yang menyelerakan..setiap bilik diorang ada wall sticker sendiri,comel sangat.hope tauke hotel ni jaga kualiti motel nih,coz if aku ke Alor Star lagi mmg aku akan pilih utk duduk disini lagi
Satu je yang aku tak gemar,kadang² ada anjing yang suka lepak area bawah motel ni.haiyo..aku sangat takut dengan makhluk ni.
Aku dari dulu memang tak sedar yg aku takutkan anjing.Sehinggalah tahun 2010..bila aku kena kejar dengan anjing di Perth.Dekat negara orang kena kejar,bukan sekor lak tuh,2 ekor kejar serentak.Malang nasib tidak berbau.Lepas ni kena prepare doa banyak² .

Itu sahaja celoteh aku di pagi hari,nak cerita memang banyak.tu pun ingat² lupa,banyak kena tanya hubs balik.sungguh bagus ingatan dia dibandingkan dengan aku.
Oklah,aku berhenti disini dulu..salam ceria~



Sunday, February 26, 2012

Its Breakfast time!

As salam
Bermula lagi kita hari yang baru.Pagi tadi tgk check list barang untuk ke Perth,lagi sebulan je nak pegi..phew~

Passport-checked
Visa- checked
Ticket- checked
Itinerary - checked
Duit Ostolia - checked
remind myself to print semua receipt for guesthouse & kereta sewa

Kali ni aku pergi memang tak bawak food,leceh lah nak tggu pakcik mat salleh tuh check beg.Tapi kat Perth ni senang cari makan halal..first day memang agenda paling awal pergi groceries store rembat bahan masakan..hihi

Ok,for breakfast harini simple je,tgk ada tak bahan yang boleh guna lagi.Oh,kelapa haritu sangat banyak..so aku buat la puteri mandi..ketang ketung ketang ketung...dah siap..tapi...ehhh,terlembik sikit la puteri mandi ni...hmm,takpela janji masuk mulut

puteri mandi
Banyaknye aku upload makanan manis ni..tp dah nama blog pun bake & travel.kang aku letak lauk pauk tak sesuai lak dgn theme kan..nanti if aku rajin buat resepi yang pedas mcm lasagna aku share...lama tak buat...hmmm,hold dulu..bertambah lak kalori & karbohidrat aku ni.


 Makan pun makan juga,tapi kadang² aku kena jaga gak.Selalunya sukatan bahan kuih-muih ni memang banyak,so kejadian masakan tu pun banyak la kan.Nama pun duk berdua,aku & hubs makan sorang semangkuk dah kenyang,selalunya aku bagi sikit kat jiran²..pastu if ada lebih aku bagi org indon kat sebelah rumah aku nih ,diorang buat renovate (ohh,dasyat..dari pagi sampai ke petang,pening kepala bunyi orang bertukang)


Resepi aku bagi sini je lah ye.entry ni pun dah terlebih panjang,if taip satu² lagi panjang :p

Sebagai penutup aku nak share pada para wanita.Aku baru tahu pasal ni eventho benda ni dah lama dibincangkan.
Penggunaan tepung gandum harian kita,kalau boleh kita pakai lah jenama Tepung Bidara,Hpa or bunga cempaka...ada lagi brand lain kot,tak berapa nak ingat..Hpa product rasanya ada dekat Mines,depan petshop tuh.
Sebab product diorang tak menggunakan bahan kimia Benzoyl Peroxide yang boleh melunturkan warna tepung gandum ni.
Warna tepung gandum ni sebenarnya color nak kuning² sikit,tapi Benzoyl Peroxide ni digunakan untuk bagi tepung putih.Selama ni aku pakai tepung yg brand ada gambar sauh tuh.Lepas ni tobat takmo pakai,tak elok untuk badan kita.

hmm...bila pk balik,betul lah kata mak aku.Baik masak sendiri dari beli kat luar.Puas hati & terjamin kebersihannya,if beli luar terang² diorang tak peduli tepung apa diorang pakai.
Panjang lak aku taip kali ni..oklah,sampai sini sahaja dulu.Semoga kita bekerja dgn ceria hendaknya ^_^

Bunga rampai

As salam semua,
Petang Ahad mcm ni mesti seronok kalau dapat minum petang dgn family tercinta.Teringat lak kat kampung family mentua,petang² camni ayah akan ckp warung mak saba(nama mak mentua aku) dah buka,dari pukul 6-7pm saje...hihi,comel je

Entry ni aku nak list kan tempat yang aku travel this year,takdelah byk pun.Ada yang dalam perancangan,& ada yang dah confirm.

1.Perth,Australia
2.South Korea
3.Kuching,Sarawak
4.Singapore..again -_-

ok,ini saje..huahua...plan ni semua awal tahun,untuk hujung² tahun,insyaallah ada rezeki lebih baru aku bukak cite :p

Tadi baru je selesai shoot photo kek ,hot from the oven lagiks~
Kek ni resepi turun-temurun mak aku,memang menjadi favorite family dari kecik sampai besar.Ada banyak resepi kat internet pasal kek nih,macam² version..tp yg aku tunjuk ni version ori dari mak aku.jom kita tgk
Kek Bunga Rampai
Bahan
1 cawan tepung kek (timbun)
3/4 cawan castor sugar
4 biji telur
250gram butter 
kelapa tin-asing 3 warna
esen vanilla

or nama dedolu Kek kelapa
Pukul butter sehingga kembang,masukkan gula & pukul rata.
Masukkan telur bersilang seli dengan tepung kek,kemudian masukkan sedikit esen vanilla,pukul lagi .

Asingkan kelapa kepada 3 warna,terpulang pada citarasa.
Taburkan ketiga² color ke dalam adunan.kaup balik kan(jgn kacau kuat²,nanti color dia bercampur) Tuangkan separuh adunan ke dalam loyang dan taburkan sedikit lagi ketiga² kelapa.
Habiskan adunan & tabur kelapa lebihan tadi sebagai hiasan.

Senang kan,yumm..oklah,nak pi mkn dulu ^_^


Wednesday, February 22, 2012

Little Korea

As salam ,
Harini ada banyak kerja sikit...selesai breakfast nanti kena turun Kl...mcm jauh je bunyi guna ayat 'turun kl'.Aku malas bab² turun KL ni,tension jem 24/7.
Alang² turun tu aku balik Ampang jap tgk mak..yg bestnya mak aku ni kalau kata nak datang,mesti dia suka masak,pastu gile byk!..fav aku kalau mak masak mesti sambal ayam..tapi nak dikirakan,apa je dia masak semua fav..dah kahwin ni barulah duk sibuk rindu air tangan mak .

Maybe lepas tu kalau sempat aku nak pegi Little Korea kat Ampang,aku membesar di Ampang..nape aku boleh taktau tempat nieh?? hadoi..malu sungguh..Boleh usha kat sini ,ada byk kedai,tapi tak semua kedai halal..aku dapat info ni pun dari cousin aku..hope ada rice cakes,teringinnn sangat nak try.Tempat ni somewhere area Ampang Point,aku sendiri tak sure kat mana.Just main redah je nanti.

Berbalik pada breakfast,aku sediakan kek pisang.Actually aku buat malam semalam,tension buat editing terus masuk dapur.
Resepi aku dapat dari Kak Azlita,aku sangat minat dgn blog dia..hari² kalau tak ngadap tak sah..dan dia juga adalah faktor yg menyebabkan aku rajin nak ber 'blogging' balik,sebab Kak Azlita tak lokek ilmu.Dulu pernah ada blog,tapi disebabkan penyakit 'M' melanda,sampai sekarang tak sentuh.Last² buat blog baru..

 Ok,ni resepi
tumpang share ye Kak Ita

KEK PISANG SEMPOI
By: Sofinar

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam
Campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
Masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
Pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda 



Bestnyeeee kek nih! Walaupun bahan simple,tapi gebu & moist sampai ke harini.nyum nyum,nanti boleh buat lagi ^^

Tuesday, February 21, 2012

Backpack

As salam
today aku usha backpack utk ke 'kuria'...for perth aku tak kisah sangat nak bawak beg trolley af tuh sebab mostly pegi mana² ada transport...tapi untuk 'kuria' nih banyak kena guna public transport,subway pun aku google bukan main tinggi ,mau kurus duduk seminggu.
Jadi...ini adalah salah satu bagpack yang membuat aku termenung 10min menatap gambarnya..huahua..hubby,i want one!Haritu dah jumpa dah kaler camni,size 50 + 10L rasanya.Ada masa nanti nak pi usha harga dulu.

pink nyehh
 oh,petang tadi abah dtg,sempat la aku buat kuih,pesan tlg hantarkan dekat mak..kunun nak tunjuk skil yg anak dia dah pandai masak sejak kawin nih..hihi.

my new tool !-blur skit pic ni

 pastu mak aku sms kata sedap.
Mak: Sedap adik buat,untung Faizi,ada bini pandai masak,pandai bisnes

Wah,sukanya baca sms mak camtu...Alhamdulillah,senyum sampai tingaaa:)



kuih bakar pandan


Resepi aku amek dari my resepi ,Zana08
Tumpang share disini :)

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air pandan
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan susu cair (sejat)
  • 3 biji telur
  • Sedikit pewarna hijau
  • sedikit bijan
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
  2. Blender hingga sebati
  3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
  4. Taburkan bijan 
  5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak. Untuk dapat kan permukaan yg berkerak/garing bolehlah tambah masa membakar.-aku bakar sejam 
Actually aku nak shoot guna prop baru tadi,,tetiba abah sampai awal.kuih pun panas lagi..ah,bantaila shoot..sekali bila transfer alahai sadis..apakan daya,tp aku puas hati sbb hubby pun suka.Boleh buat lagi :D

Sunday, February 19, 2012

Biscuit

As salam semua
Bermula lagi hari Isnin,hari yg indah untuk memulakan pencarian rezeki masing².
Aku?tido la pagi² ni,kih kih ..xdelah.Selepas solat aku terus memulakan tugas harian,tanggungjawab sebagai seorang isteri & tanggungjawab kepada client² harus diteruskan.Breakfast pun ala kadar sahaja,biscuit oat & donut..ala kadar la sgt,penuh karbohidrat.

pic cookie je snap,donut tak sempat sejuk da masuk mulut:P



Harini ada 2 client yang aku perlu hantar videonya,so aku & hubby bertungkus lumus nak siapkan secepat mungkin.Printer kesayangan lak buat hal,hantar dekat seminggu,sekali Canon message quotation..cost untuk repair rm500!
baik aku beli baru ye encik Canon..cis cis.


Harini hanya entry pendek,actually aku nak share cerita masa aku di Miri,tapi tergendala sebab entry yang aku save entah hilang ke mana.Gambar pun kena collect balik satu²,merata-rata aku letak..dah tu pakai hp je snap..kes malas nak mengeluarkan camera.

tgn hubs ye,bkn tgnku:P
Ok,sampai sini dulu..ada kerja yg harus dilakukan.Semoga kita semua bersemangat mencari rezeki minggu nih.Caiyok!

Saturday, February 18, 2012

Annyeong-haseyo

South Korea
Tidak tercapai dek akal untuk ke sana,aku hanya nampak diriku di seberang Korea sahaja(yakni Jupun :p )
Ini kerana aku peminat fanatik cite Jepun since masa study lagi.Masa tu bagi aku,antara Korea & Jepun, jepun lagi lembut cara mereka bercakap dibandingkan dgn orang Korea ni(actually aku anti drama Korea dulu),sekali pelakon dia menjerit bergema speaker(jgn mara ye peminat drama Korea..kihkih)
Cerita autumn in my heart pun aku kenal tajuk je..huahua..cuma disebabkan nak pergi ni la biasa² kan diri layan drama diorang.Kini,aku isytiharkan..aku dah jadi peminat drama Korea...haha,baru tgk 2-3 drama dah kata peminat.

Niat muncul untuk ke sana baru je timbul hujung tahun lepas,aku terlintas satu Blog yg kini hampir hari² aku usha.Mcm mana nak describe,jalan cerita sepanjang dia disana,& tempat² yang sangat cantik(dah la waktu autumn) membuatkan hatiku terdetik nak ke sana...n aku sgt² berterima kasih kepada dia,walaupun aku tak kenal tuan blog ni,tapi dia berjaya membuka mata aku untuk menyatakan south korea ni sangattt cantik.

pic by visitkorea
pic by here

Petang tu aku bertanya pada hubby aka Faizi
Aku: Korea best x?
Hubs: Best kot,diorang ada 4 musim. 
Aku: Wah,kan best kalau dapat tengok sakura

---Hubby yg pantang diajak,terus menekan mouse ke web everyone can flyyy---
setelah beberapa ketika

Hubs: Mahal la Hannani,takde promotion lagi
Aku: ooo,takpe..nanti² ada la tu

Malam tu fikiran aku dah melayang ke sana,berpandukan pada blog si dia,aku dah berangan² entah ke mana.Sambil tu tangan sibuk menekan keyboard,mencuba nasib tarikh yg murah utk ke sana.Hubs pun sama gak jadi excited tak tentu pasal,dah jadi geng 2-3hours layan blog² korea.

Eh,kenapa bulan 5 banyak murah ni...tapi kami masih berfikir lagi..lagi...& lagi
Akhirnya,seminggu kemudian kami mengambil keputusan untuk membeli tiket ke sana.
 -masa ni happy campur tensi,suppose tiket perth pergi bulan 5 sebab dah nak dekat musim sejuk,korea lak suppose ambil bulan 4,barulah dapat tengok sakura...tapi ni terbalik lak beli..hadoi~ xpelah,ada rezeki pergi musim lain lak...ehh,belum pergi dah ada niat nak repeat.-

In a week aku spend masa mencari info accomodation & interest places di sana. Buat masa ni, itinerary belum settle lagi.Cuma accomodation sahaja settle,aku akan menginap di Namsan Guesthouse selama seminggu.


 Later aku akan share itinerary kat sana nanti,masih mengkaji jalan² ,tempat makan,subway yang bersimpang siur.Doakan kami yg terbaik disana.
Til then,nak layan cite Secret Garden dulu...hubby buat editing,aku lyn drama.bagus

Nota kaki: ada sape² nak buat prewed disana free? *wink wink*

Thursday, February 16, 2012

Happy Anniversary to me ^_^

Assalamualaikum,pada 15.2.2012 genaplah setahun perkahwinan kami.
Actually,masa kami kahwin tu bersamaan dengan Maulidur Rasul,jadi tiap² tahun boleh la kami sambut 2 kali eyh:p
Hadiah ulangtahun pertama,aku bagi hubby gadget & sebiji kek.Alhamdulillah dia suka..hubby lak bagi aku sebentuk cincin,heeee...suka sangat².



Actually masa dia beli cincin tu,ada kejadian yang sangat kelakar,Masa tu aku dengan kakak tengah tgk kedai hp di Alamanda,pastu hubby kata nak beli something,dia nak gerak dulu.

Lepas tu,aku & sis jalan² nak cari pembalut hadiah,tiba² masa aku lalu kedai emas ternampak kelibat yg sangat dikenali.Eh,hubby tgh kusyuk mencari dompet dipoket jeans nya.Wahhh,'faizi nak beli emas la ida..kata aku kepada sis..aku hanya mampu senyum lebar sambil melarikan diri,takut hubby nampak..terus tak jadi suprise..hehe,itula ceritanya


Anyway,aku sangat² bertuah & bersyukur sebab dipertemukan dengan jejaka yg mempunyai banyak persamaan dengan aku.Dah la dua² bongsu,haishh~

Antara persamaan kami,dua² berminat dengan videography,suka kucing,suka melancong(ok,ni la aktiviti yg menjadi kegilaan kami sejak dah kawin) & paling penting dua² suka mkn..huahua





Pengakuan malu² kucheng!
Awak,dulu...masa single & bekerja ngadap pc,hari² rasa lambat berlalu,ckp sorang²..bila nak weekend nih..bila nak weekend nih..aghhh
Awak,sekarang...hari² rasa indah,kejappp je masa berlalu...ehh,dah weekend dahh...huahua

I lob u lah! Semoga kita kekal hingga ke syurga

Notakaki: All the pictures kami(me & my husband)shoot sendiri .Bknnya xde photographer masa tu,cuma saja nak simpan buat kenangan sendiri

Kuih bom bijan

Assalamualaikum,
Berjumpa lagi kita di pagi Jumaat yang indah ini.Alhamdulillah kerana aku masih dapat bernafas,menghirup udara yang segar.Syukur kepada yang Esa.

Harini aku kurang sihat,sakit tekak sejak 2hari lepas,lepas sakit tekak menjangkit pula selsema & panas badan.
Semalam tengah otw ke Mines,hubby cerita zaman persekolahan dia,boleh lak cerita dgn aku part paling dia suka kat sekolah ialah 'Kantin' ! Bertuah betul..hehe

Aku pun tanya lah,apa fav kuih dia waktu zaman sekolah ,terus dia ckp semua dia suka.Kuih bom,donut,cekodok,mee goreng..ehhh,mee goreng pun ada. Dah syok dia cerita ,terus ckp teringin makan kuih bom...


Jarang benar dia request nak makan apa,selalunya apa yg aku masak,tu la dia mkn.Memang senang jaga hubby aku nih.So bila dia dah mintak tu,kompem la hati berbunga² tak sabar nak buat.Pagi tadi selepas solat subuh terus masuk dapur..
Ikutkan hati tak larat lak,sebab demam makin melarat mlm tadi..tapi ku gagahkan diri


Akhirnya siap gak,sonok tengok bila kita masak ,org akan makan eventho menu yg sgt simple!
Bahannya pun senang,semua dah ada kat dapur.Kuih ni pun kegemaran aku gak terutama waktu minum ptg.Kejap je licin


Ok,last skali aku share resepi ni,yang aku buat ni takde sukatan,maklumlah..masakan org dulu² mana ada sukat-sukat nih,semua main lebur..so utk sukatan yang lebih detail aku copy paste dari my resepi ye.resepi ni di beri oleh Malia_lajat

  • INTI KELAPA MANIS:-
  • setengah biji-kelapa putih
  • 10 sudu-gula merah/gula perang
  • 7 sudu-gula
  • 1 helai-daun pandan
  • 1 sudu-tepung gandum(untuk melekat inti supaya xberderai)
  • ADUNAN BAHAN LUAR:-
  • 3 cawan-tepung pulut(jenama ERAWAN)
  • 1 cawan-tepung beras
  • 1 cawan-air gula(suam)
  • proses terakhir:>BIJAN<(di golekkan)

Cara-cara

  1. Untuk buat inti:- masukkan setengah cawan air kedalam kuali bersama gula merah,daun pandan..apabila air gula merah sudah mendidih,msukkn kelapa dan gula..biarkn mendidih sampai air agak2 kering,msukkn 1 sudu tepung gandum.kacau hingga betul2 kering&tidak berair.
  2. kemudian sejukkan inti..dan apabila inti sudah sejuk,cedok dgn sudu kecil..kepal2/bulat2 inti itu,asingkn inti yg sudah dibulatkn tu.
  3. apabila inti sudah ready,buat pula adunan tepung untuk bahan luar..campur tepung beras&tepung gandum,gaul dgn tangan kering utk sebatikn tepung..kemudian tuang air gula sikit2 smbil tu uli hingga adunan sedikit keras..
  4. sapu di tapak tangan sedikit minyak,kemudian ambil adunan tepung sebesar bola golf,kepal2/bulat2 kn..kemudian tekan dihujung2 hingga leper &nipiskn sedikit.masuk kn inti yg sudah dia bulatkn,kemudian cantumkn adunan leper tadi hujung ke hujung..bulatkan nye semula..
  5. di dlm bekas lain sedia kn bijan,dan golek2 kn adunan yg sudah di bulatkn tadi.kemudian layang2 kn dia antara dua tapak tangan supaya bijan yg tidak melekat akn kuar dgn sdri..
  6. goreng kuih bom dgn api sederhana pada 5 minit permulaan..kemudian bru besarkn api sambil kacau digolek2 dlm kuali.
  7. agak2 kekuningan angkat dan tos kn minyak nye..
  8. bole la di jamu dalam keadaan kuih msih pnas..kuih bom resepi saya ni masih lembut dan garing walaupun sudah sejuk..SELAMAT MENCUBA...:-)

Sunday, February 12, 2012

Red Velvet Cake

As salam
Akhirnya,setelah berhempas pulas di dapur,inilah kek red velvet ku yang pertama.

Leceh juga nak buat kek baldu merah ni ye.Hmm,takpe..lepas ni nak try guna cupcake pula..senang tak payah potong² tengah dia.Walaupun lagi 2hari nak celebrate anniversary,aku saja buat awal sebab waktu anniversary nanti hubby nak bawa tempat special utk celebrate,so alang² tu nanti boleh bawa kek ni sekali.

Terima kasih kepada Akuatik sebab share resepi ni.Sebab aku ni malas sangat² kalau buat kek yg guna timbang² nih,sbb timbang lama problem..lain disukat,lain yg dibaca..nasib baik la jumpa gak cara buat kek baldu merah ni ikut sukatan cawan & ml.Oleh itu aku pun nak share resepi ni gak,siapa² takde penimbang pun boleh je buat kek ni :) tumpang share ye tuan blog Akuatik.

Resepi asal : Joy Of Baking
 From: http://akuatikdiglaschu.blogspot.com
 Bahan-bahan kek
2 1/2
tepung kek
1 1/2 cawan gula 

 1/2 camca teh garam halus
2 camca besar serbuk koko
1/2 cawan mentega tanpa garam, suhu bilik - jangan letak garam kalu guna mentega biasa
2 biji telur saiz besar
1 camca teh esen vanila
1 cawan, lebih kurang 240-250 ml buttermilk
2 camca besar pewarna merah
1 camca teh cuka putih
1 camca teh baking soda

Bahan Krim Keju
300 ml (360ml) krim putar
1 tub-200g/250g keju krim, suhu bilik (227g)
250g keju mascarpone, suhu bilik (227g)
1 cmt esen vanila
1 cawan gula aising

sebelum dilicinkan permukaan..gatai deco awal sgt :P



Cara membuat kek:
1. Leser 2 dulang kek 9-inci yang nipis. Alas dengan kertas.
2. Panaskan oven 175 darjah C lebih kurang 10 minit sebelum membakar.
3. Ayak tepung, garam halus dan serbuk koko. Ketepikan
4. Putar mentega sampai lembut (1-2 minit, boleh lebih kalau mentega keras). Masukkan gula dan putar sampai kembang membuak-buak (betul ke ni? 'fluffy'). Anggaran 2-3 minit. Jangan lupa adunan yang terpercik tu kena kikis la jangan dibiarkan.
5. Masukkan telur satu demi satu. Setiap kali lepas masuk sebiji mesin dulu sampai rata. Dah abih semua telur, kikis adunan tepi-tepi mangkuk tu. Masukkan esen vanila.
6. Campur pewarna merah ke dalam buttermilk. Gunakan kelajuan rendah, masukkan adunan tepung dan buttermilk secara bergilir. Mula-mula masuk buttermilk, tepung pastu buttermilk.
7. Campurkan cuka dan baking sodan dalam cawan kecil. Masa campur tu nanti bunyi berdesit-desit la macam buat eksperimen kimia tu. Terus tuang dalam adunan kek.
8. Bahagikan adunan sama rata dalam tin pembakar kek tu. yang ni kena buat cepat-cepat sebab kalau lama-lama takut kesan-kesan soda+cuka+cecair adunan tak berkesan sangat. Ratakan adunan tu guna belakang senduk/sudu.
9. Bakar lebih kurang 25-30 minit, sila cucuk dulu kek tu nak tengok dah masak atau belum.
10. Dah masak, keluarkan kek. Sejukkan lebih kurang 10 minit pastu terus keluarkan daripada tin dan disejukkan. Bila dah sejuk, boleh la balut ngan plastik tutup makanan tu, masukkan dalam peti es untuk memudahkan proses pemotongan nanti.




Cara membuat krim keju
1. Putar kedua-dua keju tu sampai kembang.
2. Masukkan esen vanila dan gula aising.
3. Putar pulak krim putar sampai dapat soft peak. Sendukkan krim ke dalam campuran keju. Kacau dengan teknik 'fold'.
4. Krim sedia untuk disapu, kalau cair sangat masukkan dalam peti es dulu kasi dia keras sikit.



Cara deco cake
1. Belah setiap kek jadi dua lapisan. Letakkan salah satu lapisan atas (selalunya dia macam jadi tinggi kan) secara terbalik. Sapu krim frosting.
2. Letak satu lagi lapisan dan sapu krim sampai habih lapisan. Nak bahagikan krim tu, bahagikan 5 bahagian, 3 bahagian untuk 3 lapisan tengah, 2 lagi untuk sapu kat luar.



15.2.2011 Tarikh bersejarah

Hampir setahun kami berkahwin dah rupanya.
Tarikh 15.2.2011,tarikh bersejarah....cant wait to celebrate our 1st anniversary together.
Hmm,nak bagi hadiah apa eh?and nak masak apa bagi suprise kat hubby?haa,idea dah mai,insyaallah kalau jadi akan ku uploadkan nanti.tunggu~

sneak peek bahan² dulu ^_^