Tuesday, July 24, 2012

Ikan pemanggang ajaib/HappyCall Pan

As salam Aku baca title ni pun nak tergelak..hehe.
Macam doraemon keluarkan barang dari poket lak.
Rasanya rata-rata dah ramai membeli alat pemanggang ni..nama dia mmg camtu..siap besar giler label tulis ikan pemanggang ajaib 


Actually yg aku ada bukan brand ni,tapi brand kaum pupu rapat dia..ayah aku yg baru pulang dari langkawi belikan..harga rm50++..tapi if jenama Menang harga rm120++ .Jenama Happy Call pula rm200++
Excited sebab selalu tgk org pakai..alhamdulillah rezeki bulan puasa ni aku lak dpt pakai.

Ok,adakah hasilnya ajaib?
Bagi aku..mmg bestttt...Aku tak sure ada beza tak ketiga² brand ni,sebab luaran dia sebijik..dari segi hasilnya pula,walaupun murah..mmg aku puas hati..maybe yang lagi mahal lagi bagus kualitinya..wallahualam.
Sebab mmg pan dia tak melekit..pagi tadi waktu sahur,aku goreng telur tanpa guna minyak langsung..elok je telur tu menari2 dlm pan...sikit pun tak melekat.

Setakat ni aku baru guna 3 kali,goreng nugget pun tanpa minyak.. Ayam yg dimasak menggunakan pemanggang ni juga lebih empuk dan lembut isinya.
 Ada juga org yg masak bread pudding menggunakan pemanggang ni,insyaallah if ada lebihan roti nnti nak juga try..hihi
Paling aku teruja ,nak try buat roti jala menggunakan pan ni..sebab haritu kunun nak tunjuk skill buat roti jala..sekali kuali melekit..sedih betul tgk ,akhirnya ke cik tong je la roti jala yg tak menjadi tu.insyaallah if guna pan baru ni boleh jadi

Kdg² bila ada new toy kat dapur ni barulah bertambah rajin nak masak:)   eheh,alasan~

 aku dpt traffic ramai search mana nak beli ikan pemanggang ajaib ni..
so aku pun update la utk kegunaan bersama 
nak murah brand biasa boleh beli kat langkawi..byk kedai ada.
kalau jenama pemanggang ajaib boleh beli kat Menang stokis..ni link dia Menang Branches
aku tak promote yg mahal..sbb aku pakai biasa punya je..kuikui

Saturday, July 21, 2012

Video travel korea lak ^^

Okay,haritu dah share video di perth.now nak share video masa travel kat korea lak yer.
Alang2 dah rajn ngadap pc,sekali harung edit video korea ..kalau tak mau nye berbulan baru nak sentuh.
Sebenarnya aku dah ada storyboard sebelum ke korea,semua idea dah berlegar dalam fikiran..tp al-maklumlah ..bila dah sampai,excited terlebih..semua idea hilang entah ke mana...jadi main shoot jer lah apa yang ada..ditambah lak mengah naik turun tangga diorang yang tinggi tuh..lagi laa hilang idea.
Papepun enjoy the video ^_^

both video perth and korea dalam bentuk HD..tapi aku taktau camne nak ubah dalam blogspot ni..to see clear version boleh ke youtube Thebeehuntstudio yer

Hari ni hari ke 2 berpuasa..semalam aku buat nasi kuning,kari ayam & coconut brownies.pasni akan cuba berusaha mengambil gambar selepas masak...pose2 ni selesai masak terus terbaring..ada malashh la pulak..kuikui

ok,assalamualaikum

Thursday, July 19, 2012

Salam Ramadhan & video travelog

As salam
Selamat datang bulan Ramadhan yang mulia. Excited nih dapat berpuasa bersama suami kali ke-2 ^^
Masa ni lah boleh berselang-seli bertukar menu untuk berbuka...berkumpul bersama keluarga tercinta..duk teringat dalam fikiran pun dah buatkan aku tersenyum

Kali ni aku nak share video travel di Perth..caca merba sungguh blog aku ni..jap pasal korea,jap pasal perth...takde turutan..heheh...excited akhirnya dapat siapkan video ni..punya la lama buat peram..harini sekali hadap..terus render..takde edit2 dah..janji boleh buat kenangan :p...
oh rindunya bunyi burung parrot,bunyi ombak laut...




kan best kalo video ni jadi vid documentary utk org2 sana..kuikuikui
Aku suka pertengahan video ni(puji vid sendiri..hehe)..sebab klimaks lagu tuh best & aku suka footage dia..susah tul nak cari lagu ni..2 tahun mencari...aku dgr lagu ni dalam website org philippines,cari bagai nak rak tak jumpa gak..last2 aku pakai software yang boleh detect lagu..alhamdulillah akhirnya dpt gak..suke suke~

Insyaallah korea pun ada gak video,cuma menunggu kerajinan nak edit sahaja..hik hik

Thursday, July 12, 2012

Day 2 in Korea

Day 2
Malam hari pertama kami tiba di seoul,korea...aku dan hubs packing brg yg perlu utk ke nami island..
Camera,tripod,air sebotol.
before gerak,guesthouse kami,Namsan guesthouse

Perjalanan kami mengambil masa 2 jam..seawal pukul 6.30am dah gerak dah..tp masa ni terang dah.
Tgh jalan ke subway,ada ahjussi ni dtg kat tepi kami...cotcetcotcet dlam bahasa dia..yg aku tau dia sebut..hachi,hachi..seyo seyo..ntah apa ntah..nak blah dari dia pun susah.last² hubs salam dia sambil angguk²..pastu cepat² turun..haha,taktau waras ke tak atau dia mmg peramah..kuikui
Okay,if nak pergi ke Nami Island..inilah route yang aku guna..agak confuse mula² nak naik.tapi kalau kita dah download siap² map dalam ipad/iphone..senang dah nak cari line apa
Route ke Namiseom :-
Myeongdong-line 4
Dongdaemun history & culture park-line 5
Wangsimni
Sangbong(dalam jihachul map color grey)
Gapyeong
1:dalam subway, 2: tangga subway gilee tinggi,3: zipwire in Nami

Ok seyes aku lupa walaupun baru balik nami terus taip entry ni.byk kami redah,tapi alhamdulillah sampai gak..sebab part wangsimni tu tak lengkap..kdg² ada tempat yg takde nama tuh..kena guna map,tgk color subway dia,baru nampak ohh line ni menghala ke wangsimni rupanya.

Sampai gapyeong kami ambil taxi,rasanya dlm 2500 won price.
Kami antara yang terawal sampai Naminara wharf(kat sini lah nak ambil ferry)..org tak berapa ramai sgt..weather pun nice je.
Sampai² apa lagi,terus snap snap snap...dalam 20-30min camtu,turun lagi org dari ferry..pehh ramai la plak..makin lama kami lepak..lagi makin ramai...
Byk rakyat diorang sendiri & org jepun...harini isnin,tapi ramai lak budak sekolah.budak² sekolah ni tak belajar ke..


dalam ferry

entrance Namiseom



Adalah disarankan sangat²,janganlah kita ambil gambar or peluk² pokok kat  situ.bukan tak boleh..sebab ramai rakyat kita if sampai Nami mesti nak main tinjau² kat tepi pokok
tapi depan mata aku,org yang bawa anjing..anjing dia akan kencing merata keliling pokok² tuh..dah mmg mcm tu cara diorang membuang..dan negara diorg pun mmg suka membela anjing..kita lak x tahu..posing² kat tepi pokok tu..if aku tak nampak depan mata,kompom aku pun gedik2 nak main tinjau gak..kuikui

walaupun dtg waktu spring,ada gak daun kaler merah..heheh,tak puas ati tak dpt pegi waktu autumn

 
for Muslim ada prayer room

Setelah selesai posing bagai,kami ke drama cafe..cafe ni dlm bahasa hangul..dia jual kimchi lunchbox or kimchi bento...for first timer yang tak sure arah,pegi je ke tourist info..tanya mana nak pegi 'cafe kimchi bento'
Dalam bekas ni,ada nasi,kimchi & telur..sebelum makan goncang dulu kuat²..sila guna sarung tgn yg disediakan,kang tak pasal² garing tg.hehe
Rasanya boleh tahan,sedap gak..sekadar mengisi perut yg lapar.
Kami gerak pulang dlm 11.30am...
posing last sebelum balik
Niat nak shopping di Nandaemun puls,beli souvenir utk keluarga tercinta.
Kami turun di station hoehyon exit 4,terus sampai nandaemun market.
First nak cari bangunan e lengdang...again,if tak sure mana..straight je dah nampak tourist info...tanya dia,boleh print address sebelum dtg korea.
If melepasi tourist info tu,jalan depan sikit nampak bangunan color oren,dalam tu dah nampak ahjumma jual brooch,cincin,gelang,kain.terus masuk naik tingkat dua..cari kedai num 209..


1: pic ke jetty 2&3: namdaemun market

kedai brooch...ahjumma tu kata broochiii broochiii ^_^
Aku habis 20,000 won kat sini..rm60 utk brooch..hohoho
If nak beli souvenir & tshirt pun boleh beli kat sini.cuma kena pandai cari..sebab diorang jual mcm²..pastu kena hati2...ahjussi ahjumma ramai kasar..ada ke patut ahjussi ni bawak trolley ,dlm penuh kotak besar..dia main langgar je aku...sakit yg tak hingat..pastu dia mana kisah,selamba je jalan...
Kena set dari segi mental sebelum ke sini..kena byk bersabar..diorang mmg kasar² orgnya..toksah la terpedaya dgn drama diorang yg lemah lembut tuh. huhu...

Then,selesai shopping,dah tak larat nak jln dah..terus balik,panaskan lauk brahims dgn instant rice,alhamdulillah kenyang...mlm tu kami byk lepak bilik je sbb rasa nak tercabut dah kuku kaki berjalan.

Thursday, July 5, 2012

Salam Nisfu Syaaban

Salam Nisfu Syaaban kepada umat Islam semua.
Hari ini duk godek² kerja editing,terjumpa pic pergi Sarawak haritu..rindu lak nak tgk orang utan..kuikui
Beautiful Sarwak