Tuesday, July 24, 2012

Ikan pemanggang ajaib/HappyCall Pan

As salam Aku baca title ni pun nak tergelak..hehe.
Macam doraemon keluarkan barang dari poket lak.
Rasanya rata-rata dah ramai membeli alat pemanggang ni..nama dia mmg camtu..siap besar giler label tulis ikan pemanggang ajaib 


Actually yg aku ada bukan brand ni,tapi brand kaum pupu rapat dia..ayah aku yg baru pulang dari langkawi belikan..harga rm50++..tapi if jenama Menang harga rm120++ .Jenama Happy Call pula rm200++
Excited sebab selalu tgk org pakai..alhamdulillah rezeki bulan puasa ni aku lak dpt pakai.

Ok,adakah hasilnya ajaib?
Bagi aku..mmg bestttt...Aku tak sure ada beza tak ketiga² brand ni,sebab luaran dia sebijik..dari segi hasilnya pula,walaupun murah..mmg aku puas hati..maybe yang lagi mahal lagi bagus kualitinya..wallahualam.
Sebab mmg pan dia tak melekit..pagi tadi waktu sahur,aku goreng telur tanpa guna minyak langsung..elok je telur tu menari2 dlm pan...sikit pun tak melekat.

Setakat ni aku baru guna 3 kali,goreng nugget pun tanpa minyak.. Ayam yg dimasak menggunakan pemanggang ni juga lebih empuk dan lembut isinya.
 Ada juga org yg masak bread pudding menggunakan pemanggang ni,insyaallah if ada lebihan roti nnti nak juga try..hihi
Paling aku teruja ,nak try buat roti jala menggunakan pan ni..sebab haritu kunun nak tunjuk skill buat roti jala..sekali kuali melekit..sedih betul tgk ,akhirnya ke cik tong je la roti jala yg tak menjadi tu.insyaallah if guna pan baru ni boleh jadi

Kdg² bila ada new toy kat dapur ni barulah bertambah rajin nak masak:)   eheh,alasan~

 aku dpt traffic ramai search mana nak beli ikan pemanggang ajaib ni..
so aku pun update la utk kegunaan bersama 
nak murah brand biasa boleh beli kat langkawi..byk kedai ada.
kalau jenama pemanggang ajaib boleh beli kat Menang stokis..ni link dia Menang Branches
aku tak promote yg mahal..sbb aku pakai biasa punya je..kuikui

5 comments:

  1. Salam Hannani..
    wahh seronoknya ada pemanggang ajaib. tapi kalau ikut2 betul2 ajaib, kena time buka2 pemanggang tu terus ada makanan baru betul ajaibnya he he..
    k umi beli pan roti jala dari little india, penang. siap bawa ke sini lagi. mmg gerenti jadi. kecuali silap bancuh tepung tak jadi la :D

    ReplyDelete
  2. Wasalam kak umi..betul tu..petik jari je mintak menu,buka terus ada..baru betul2 ajaib kan..hahaha
    Tadi dah buat roti jala,mmg elok ..cuma tgn ni yg keras..mcm2 bentuk ada..kuikui

    ReplyDelete
  3. Saya dah beli Happy call Jumbo Grill melalui qoo10.my free shipping dari Korea RM150.00 termasuk seal + free gift. Last week order lg happy call silicon tool/spoon/spatula/brush/ dengan harga RM 12.40 free shipping from Korea. Happy call Ceramic pot, free shipping tengah offer from RM 221.20. Berbaloi jugak beli melalui online

    ReplyDelete
  4. Pemanggang ajaib jenama HAPPY CALL MADE IN KOREA dah sampai dari korea.. Ala..pemanggang yang ajaib tu, yang boleh panggang, kukus, goreng, rebus, buat piza dan kek tu. Memang puas hati dari segi kualitinya siap ada no siri, getah spare dan ada hologram lagi. Murah pulak tu..Hari tu order 1 biji je, nak try beli dulu,nak tengok kualiti dulu dan nak tengok lepas tak masuk Malaysia. So semuanya ok, esok nak beli lagi dari KOREA sana tu, siapa2 nak join order cepat2 PM sy 0194344930 ye. order ditutup pada isnin ini jam 9 pagi.

    Harga nya RM100. Pos laju semanjung RM20. Kalau nak jimat kos pos laju boleh datang collect di rumah saya di sri damansara KL
    saiz 30cm. Berat anggran 1.6kg. Barang terima selepas raya ( 1 bulan )

    ReplyDelete
  5. Nak tanya la..pemanggang ajaib happy call tu kalo nk buka penutup atas die utk goreng nuget boleh ker???..

    ReplyDelete