Tuesday, November 27, 2012

Durian Crepe

 

Assalamualaikum,
tgk gambar ni pun dah membuatkan aku terbayang rasa dia.
rasa rugi lak beli sikit jer.yep,bukan aku yg buat durian crepe yang sungguh lemak nih..aku beli kat MAHA 2012 yg tengah rancak berlangsung di Mardi sekarang.
Punya lah teringin dgn durian crepe ni.nak harapkan aku buat,beli je durian terus habis..camne lah nak buat kan..hihi..insyaallah if ada kelapangan boleh lah try buat.


dulu aku pernah beli durian crepe ni kat area mines,kedai dia berdekatan dgn kedai donut,big apple.rasa dia memang terbaekk..tapi harga seyes aku dah lupa..maybe around 7-8 rgt?lebih kurang gitu la kot.
yang kat MAHA ni aku beli 5 biji comel jer rm10..taktau lah murah ke tidak,sebab teringin, main amek jer..kuikui
geram mcm bantal
patutlah durian crepe ni menjadi kegilaan sekarang,sesuai utk peminat durian cam aku ni

hep..curi ye



Thursday, November 22, 2012

Green Pools & Elephant Rocks




Bermulalah perjalanan kami ke Denmark..dekat je dari Albany, 45min dah sampai.
Bila difikirkan,ada baiknya juga kami start route dari Albany,sebabnya kita akan jumpa information center denmark dulu,barulah jumpa tourist attraction yg kita akan pergi.
Kat tourist info nanti kita boleh tanya tmpat mana worth pegi and tempat mana yg tak sesuai..mcm hubs nak pi dinasour world,dia dah terbayng tmpat tu besar & menarik,lepas tanya diorg..diorg akan berterus terang..tmpatnya biasa saja,and if ada budak2 la baru diorg suka tmpat tu..
Jadi pilihan kami di denmark ialah, elephant rock,green pools(sebelah2 je) & tree top walk
inilah green pool
Masa kat elephant rocks pula,jgn ambil pic and terus balik.ditepi tu ada tangga turun ke bawah.
bagi siapa2 yg taktau.. kita boleh masuk celah2 batu,keluar je dari situ ada pantai..pemandangannya sgt gorgeous!
if time peak..green pool penuh ngan mat salleh 2 pieces,kat sini kurangla sikit org...

 
elephant rocks,maybe dedolu rupa elephant lebih jelas
inilah laluan dicelah batu-bata ,lepasdari laluan ni boleh tengok pemandangan pantai yg sgt cantik

tadaaa..ni lah pantainya...actually cuaca agak panas masa ni,dlm 32 celcius..tapi air dia sangaaaat sejuk & nyaman
rasa nak rendam satu badan je masa ni


pemandangan dari atas
setelah itu kami ke Toffee factory,yang aku lihat..kebanyakan factory yang ada dlm list attraction kat area perth ni,mostly company kecil-kecilan org kampung.
Expectation aku agak meleset sikit bila tengok sume factory yang aku pergi kecil and comel belaka..termasuklah cheese factory..muahaha.
Anyway,ini adalah salah satu factory yang aku pergi.aku choose nak kongsi ttg toffee factory ni,sebab ia agak okay berbanding factory lain yg aku pergi.contoh aku pergi choc fac denmark,choc dia semua ada alcohol,so dah boleh skip.pergi yg kat margaret river lagi berbaloi.


if datang sini, at least beli lah satu..serius sangat yummy!
sgt soft & sedap,mcm makan gula2 masa kecik2 dulu..heee:)

ni depan kilang toffee..mcm cite cowboy!
 next entry insyaallah aku cerita pasal tree top walk pula
Salam


Tuesday, November 20, 2012

Cinnamon Roll

Assalamualaikum
Hujan yang turun menyebabkan perut ku selalu ber 'kriuk-kriuk'.Ayat baru nih,kuikui.nak katakan suri rumah sepenuh masa xla pula,kerja ada je menimbun yang perlu disiapkan.tapi apakan daya,waktu sejuk camni la perut cepat lapar.
tiba2 angin sepoi2 lak lalu,sampaikan aku lalu dapur pun boleh bau.wanginya kek akak sebelah ni masak..kuikui

Kebetulan aku teringat tentang cinnamon roll ni,haritu pernah tengok kat page kak Umi..terus aku search balik...wahh,bikin hati lagi geram nak buat bila aku tgk cinnamon roll yang gebu2 tu..godek2 dalam peti ais..ada bahan terkurang..hmmm,takpela..cuba je la buat..nasib baik dah godek2 alhamdulillah jadi..phew~
kenyang lah kami laki bini.dinner makan ni je sebabnya tengahari dah makan nasi byk:P


 Okay,ni resepi yang aku ambil dari my resepi Yani.terima kasih empunya badan.tumpang share disini
   
Bahan utk Roti

300g tepung roti

50g butter

1 biji telur

50g gula halus

100ml fresh milk/air (suhu badan)

8g dry yeast

1 sudu kecil garam

 
Filling
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik 
 
Icing
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen 
kebetulan ada gajus,tabur sekali kismis+gajus :)
 

Cara-cara


  1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti

  2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.

  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.

  4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.

  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.

  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.

  7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.

  9. Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti. 
Aku guna breadmaker,alhamdulillah senang sikit kerja..campak je sume bahan dalam satu bekas..dah siap terus buat step 5
ni bukan icing tau.ni susu condensed..muahaha.takde cream cheese..inilah gantinya..sedappp
  
 
eh.tercurah lebih lak..yumm yummm

Friday, November 16, 2012

Happy long weekend!

Jom breakfast ^_^

rindunya dengan waffle tu~

The Gap & Natural Bridge

Assalamualaikum

The Gap & Natural Bridge,Albany..merupakan lokasi yang sangat famous untuk para tourist.This is a must place to see if you visit Albany.
Pengalamannya hampir sama ketika aku pergi ke Cape Leeuwin bulan april harituh..angin yang kuat,pemandangan yang indah.berdepan dengan hanya langit & laut....cuma yang bezanya sekitar the gap & natural bridge penuh dengan batu bata yang menakjubkan!
Tempat ni masuk free je,parking juga disediakan .




Sedikit info mengenai the gap & natural bridge yang aku peroleh sepanjang berada disana
Beribu tahun lemon dahulu Australia & Antartica bound together membentuk sebuah negara yang sangat besar.


inilah natural bridge

45 ribu tahun kemudian both continent broke apart.Kiranya the gap & natural bridge ni adalah part yang paling hujung sekali & merupakan sisa batu antara antartica & australia yang terpisah.

hubs aku siap nak pergi tengah bridge tuh..aku tak bagi...muahaha.sape tak syg laki kan:p
untuk keselamatan tepi2 nih dah dipagar..tapi bridge ni still boleh lalu ikut tepi lereng2 bukit/batu


sini pula the gap

the gap


Disebabkan perubahan cuaca,angin dan ombak..sometimes in the future the gap will widen & disappear and the natural bridge will collapse become a new gap.

last shot,cam biasa..shot cintan cintun ;)

Wednesday, November 7, 2012

Potayto or Potahto?

Assalamualaikum
Kita berhenti seketika cerita pasal travel,lama rasanya tak meringankan diri shoot photo makanan.
Actually dah lama sebenarnya hasrat dihati nak buat roti sendiri.Selalu mana la pernah buat roti ni kan.Asyik2 beli kat kedai,takpun tunggu babu pinpin ponpon datang depan rumah.

Hari ni aku nak share resepi Potato Bread...nyumnyum..sedapnya makan panas²

 
maaf terpaksa crop..nampak lak pantulan cermin tuan rumah tak pakai tudung..kuikui
Sekarang ni pun rajin buat roti bukannya apa,hubby tersyg hadiahkan breadmaker masa birthday.
Sonok bukan kepalang,hari² tengok resepi dalam internet :D
Lepas ni nak buat donut ke pizza ke takdelah renyah sangat kerja...tukang uli dah ada..kuikui

Okay,resepi ni aku pinjam dari Kak Intan ,tapi resepi asalnya dari CMG.Tumpang share ya=)


POTATO BREAD
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

ada lak cenonet kat tengah2,patutnya sekali kan adunan tengah tu dengan cenonet tu kan..hikhik


KASTARD
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

UNTUK DOH  
Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.  


nak habiskan adunan kastard,salah satu bun ni dah di pipe penuh dengan kastard..nyumnyum


KAEDAH LAIN  
Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.





CREAM CUSTARD 
Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

UNTUK ROTI KENTANG 
Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang.

Monday, November 5, 2012

Dog Rock & Wind Farm,Albany

Assalamualaikum,
kali ni nak cite tentang Dog Rock & Wind Farm.Sebelum tu tempat kami bermalam di Albany adalah Emu Beach Holiday Park.
Bagi aku,tempat ni mmg terbaik...ada pelbagai pilihan,nak duduk motel,suite,caravan park...semua all in one..kami duduk motel berharga aud 90 sahaja,motel ni muat2 utk dua org..mmg kecil,tapi segalanya lengkap ,lcd tv,microwave,siap pinggan dia pakai corelle lagi..kiranya mini hotel la ni..if dtg dgn family besar,better ambil studio..seyes mmg puas hati.

corelle idaman

toilet

kitchen/ruang mkn

king size

pemandangan motel dari luar

betul2 depan motel ada caravan park,boleh tengok gelagat org.malam2 diorang buat unggun api.sonok sangat


Okay, aku nak cite tentang dog rock dulu,jgn terperanjat ye..kedudukan dog rock ni tgh2 town..lawak lak..betul2 strategik..dia betul2 located kat Middleton Beach Road.
dog rock,siap ada cat colar kat leher dia
kalau dah nampak signboard ni,mmg dah dekat sgt dgn dog rock
Sekadar snap beberapa keping gambar,kami meneruskan perjalanan..next,kami ke Mt. clarence ,atas ni kita boleh tgk 360 degree view of Albany,rasa duduk atas awan je..dgn angin yg kuat,pemandangan yg indah,subhanallah.

akhirnya kehendak hubby tercapai nak gambo tengah jalan

ni dah sampai puncak


kat sinilah boleh tengok pemandangan albany 360 darjah!

Next,kami ke wind farm...dulu semasa ke lancelin dah pegi tgk wind farm,tp boleh tgk dari jarak jauh je..ni kita boleh berdiri sebelah2 je tau...
If siapa2 nak pergi the gap & wind farm,masa baru sampai albany jangan ke wind farm/the gap dulu.adalah disarankan pergi ketika nak bertolak ke Denmark.Sebabnya lokasi kedua2 tempat ni dah kehujung sikit,alang2 lepas tengok wind farm..boleh terus ke Denmark.tapi if ada byk masa terluang apa salahnya kan:)
Antara destination dlm albany,this is a must!pemandangan dia sgt2 cantik...again,tidak dpt digambarkan dgn kata2..dapat rasa lagi betapa kuatnya angin kat atas tu..rasa nak terbang tudung pun ada..hahaha
ok,enjoy the piccas







Satu kincir angin ni,boleh bergerak selaju 260km per hour(160mph)

last shot,kasi jiwang sikit..hee:D