Tuesday, November 20, 2012

Cinnamon Roll

Assalamualaikum
Hujan yang turun menyebabkan perut ku selalu ber 'kriuk-kriuk'.Ayat baru nih,kuikui.nak katakan suri rumah sepenuh masa xla pula,kerja ada je menimbun yang perlu disiapkan.tapi apakan daya,waktu sejuk camni la perut cepat lapar.
tiba2 angin sepoi2 lak lalu,sampaikan aku lalu dapur pun boleh bau.wanginya kek akak sebelah ni masak..kuikui

Kebetulan aku teringat tentang cinnamon roll ni,haritu pernah tengok kat page kak Umi..terus aku search balik...wahh,bikin hati lagi geram nak buat bila aku tgk cinnamon roll yang gebu2 tu..godek2 dalam peti ais..ada bahan terkurang..hmmm,takpela..cuba je la buat..nasib baik dah godek2 alhamdulillah jadi..phew~
kenyang lah kami laki bini.dinner makan ni je sebabnya tengahari dah makan nasi byk:P


 Okay,ni resepi yang aku ambil dari my resepi Yani.terima kasih empunya badan.tumpang share disini
   
Bahan utk Roti

300g tepung roti

50g butter

1 biji telur

50g gula halus

100ml fresh milk/air (suhu badan)

8g dry yeast

1 sudu kecil garam

 
Filling
2-3 sudu kecil cinnamon powder (ikut suka )
60g gula perang
20g butter-suhu bilik 
 
Icing
50g cream cheese - suhu bilik
20g butter - suhu bilik
100g gula aising
secubit garam
beberapa titik vanila esen 
kebetulan ada gajus,tabur sekali kismis+gajus :)
 

Cara-cara


  1. Cara buat roti: Gaulkan butter dengan tepung sehingga jadi macam serbuk roti

  2. Kemudian masukkan gula dan dry yeast. Kacau dengan sudu sehingga bergaul rata.

  3. Masukkan pula garam, telur dan susu. Uli sehingga tak melekat ditangan atau sehingga licin.

  4. Wrap dengan plastik/ kain lembab. Biarkan naik sehingga 1.5 kali ganda. Bila dah naik, buatkan bentuk bulat sekali lagi dan rehatkan selama 10 minit.

  5. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Ambik 1 bahagian dan canaikan lebih kurang 20x25cm. Letakkan bahan-bahan filling.

  6. Kemudian gulung. Bahagikan pula kepada 4 bahagian kecil( lebih kurang 4 cm panjang). Ulang untuk doh yang sebahagian lagi.

  7. Lapikkan roti dengan muffin cup. Biar naik 1.5 kali ganda lagi. Bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.

  8. Sementara itu sediakan aisingnya. Masukkan semua bahan-bahan untuk aising ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim.

  9. Bila roti dan masak( ketika masih panas), letaklah aising 1-1/2 sudu besar ke atas setiap roti. Jangan letak terlampau banyak aising. Aising yg banyak boleh menghilangkan kesedapan rasa roti. 
Aku guna breadmaker,alhamdulillah senang sikit kerja..campak je sume bahan dalam satu bekas..dah siap terus buat step 5
ni bukan icing tau.ni susu condensed..muahaha.takde cream cheese..inilah gantinya..sedappp
  
 
eh.tercurah lebih lak..yumm yummm

2 comments:

  1. Salam Hannani,
    wah patutla semerbak bau cinnamon rupanya buat cinnamon roll ya? sedap tuu.. mlm ni k umi baking jugak, tp buat banana oat bread. sgt sedap dan yg penting senang aje resepinya. bila2 k umi upload dlm blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam wbt Kak Umi
      hehe,bau ke?tulah..gara2 teringat entry kak Umi..tu yang teringin sangat nak rasa.alhamdulillah lepas dah hajat..wah,cam sedap je dgr banana oat bread.nanti boleh lah kak umi share resepi ye :)

      Delete