Wednesday, November 7, 2012

Potayto or Potahto?

Assalamualaikum
Kita berhenti seketika cerita pasal travel,lama rasanya tak meringankan diri shoot photo makanan.
Actually dah lama sebenarnya hasrat dihati nak buat roti sendiri.Selalu mana la pernah buat roti ni kan.Asyik2 beli kat kedai,takpun tunggu babu pinpin ponpon datang depan rumah.

Hari ni aku nak share resepi Potato Bread...nyumnyum..sedapnya makan panas²

 
maaf terpaksa crop..nampak lak pantulan cermin tuan rumah tak pakai tudung..kuikui
Sekarang ni pun rajin buat roti bukannya apa,hubby tersyg hadiahkan breadmaker masa birthday.
Sonok bukan kepalang,hari² tengok resepi dalam internet :D
Lepas ni nak buat donut ke pizza ke takdelah renyah sangat kerja...tukang uli dah ada..kuikui

Okay,resepi ni aku pinjam dari Kak Intan ,tapi resepi asalnya dari CMG.Tumpang share ya=)


POTATO BREAD
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner

ada lak cenonet kat tengah2,patutnya sekali kan adunan tengah tu dengan cenonet tu kan..hikhik


KASTARD
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla

UNTUK DOH  
Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45 minit.  


nak habiskan adunan kastard,salah satu bun ni dah di pipe penuh dengan kastard..nyumnyum


KAEDAH LAIN  
Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar (kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan. Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.





CREAM CUSTARD 
Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.

UNTUK ROTI KENTANG 
Isikan cream custard dalam beg plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan. Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas, sejukkan sebelum dihidang.

2 comments:

  1. Salam Hannani,
    wah sedapnya roti kentang tu.. gebu mcm kat kedai. yummy.. oh ya nak sebut cemana ya, sebut patato ok kot. :D

    ReplyDelete
  2. Wasalam Kak Umi,hehe...mmg sedap makan panas,nak lak skang slalu hujan.layan mkn hujan2 ni..tp saya xde bread softner,taktau lah kalau ltk jadi apa.mesti lagi gebu kalau letak bread softner kan

    ReplyDelete