Pages

Wednesday, July 3, 2013

Puding trifle

Assalamualaikum
Harini nak share resepi yang senang tapi super duper sedap :)
Rasanya ramai dah tahu,tapi aku gak terkial² baru nak buat..hehe
Ambil gambar pun nak cepat je guna ipad..kebetulan lak skang asyik ke arah instagram je,nampak something menarik..snap..upload..haha
kdg2 rasa malas pula nak pegang slr ni.Itulah org kata,lenkali hobby jgn dibuat kerjaya.Lama2 dah lemau rasanya nak pegang slr..kuikui

baru2 ni aku ke rumah cousin di Keramat.Actually cousin ku baru balik bandung..dgrnya ada souvenir utk kami,pantang dgr org nak bagi adiah kan..bedesup la kami keesokan harinya.Tapi dah menjadi kebiasaan dtg rumah org kena la bawa something,mak aku cukup marah kalau dtg rumah sape2 tak bawa buah tangan.Pikir punya pikir aku pun buat la puding trifle..yumyum :)
sebelum tu jom tgk hadiah yang sedara ku adiahkan..tq so much kak nim..Moga murah rezeki selalu.Alhamdulillah suka sangat2 :)
Btw,maaf sgt2 ni semua gambar dari instagramku
purple~ yay raya tahun ni pakai jubah bandung :D
Okay ini pula resepi trifle yang aku dpt dari internet.ni semua aku copy campur2..tumpang share ye tuan resepi:-
1st layer
kek swiss roll .potong ketebalan yang kita nak dan susun dalam bekas padat2

2nd layer
Susu cair 1 tin dimasak bersama 6-7 sudu gula pasir dan 1 tin air
Dalam bekas lain satukan 4 sudu tepung kastard+ setengah cawan air.Selepas tu masukkan dalam susu cair yg tengah masak tadi
Bagi pekat sikit then tuang atas swiss roll tadi
yang ni batch harini,batch bagi cousin semalam aku letak strawberry & nenas tin Dole

3rd layer
Susun buah-buahan or buah dalam tin di atas adunan kastard tadi

4th layer
Masak jelly Nona+400ml air.Ikut arahan belakang kotak
Curah atas adunan tadi.Sejukkan dan sedia dihidang!
Nom nom cedap~


bekas jernih takde..yang ada bekas biskut raya lama..hikhik





 Hubs kata boleh buat lagi masa bulan puasa nanti.Insyaallah
Btw,sebab kastard dan jelly manis..mmg sesuai digabung bersama peach+ strawberry or nenas+laici.yums!