Sunday, September 25, 2011

Day 2 in Perth

Day 2,matahari dah ada.ku sangkakan pukul 7,rupanya baru pukul 5 lebih.

Aktiviti hari ni tak banyak,kami banyak mencari kawasan untuk shooting client nanti.
Tugas kami kesini utk mengambil video prewedding client kami,so byk study storyboard & kawasan nak shooting la berbanding jalan2.Bila balik malaysia terasa rugi yang amat sebab tak dapat nak travel jauh.haih..no worries,akan ku jejak juga Perth next year..huhu

Setelah breakfast,kami gerak ke Caversham.Sorang masuk 22 aud rasanya.
Seronoknya tak dapat digambarkan,hanya gambar sahaja yg mampu ku upload
TIPS: jgn beli souvenir kat kedai souvenir caversham,agak mahal berbanding dekat luar.


kangaroo version albino:p





keldai ke kuda da lupa.tp aku perasan,byk gak org amek gambar..mmg dia suka pose mulut nganga kot

victor,umur 8 tahun

pose with victor 1

pose with victor 2

pose with victor 3,haha

caversham,wildlife park


video
                                                                    kangaroo garu²



Lepastu kami ke Margaret River Choc, ingatkan besar,kecil je kedai nya
Tak pernah lagi pergi yg betul2 dekat Margaret river.pergi yang dekat caversham je.Hati2 memilih choc,boleh tanya staff kat situ ada bubuh liquor ke tak,mereka semua peramah.
Choc free tasting pun ada,org suruh ambil dengan sudu,kami ambil satu plastik kecil bawak balik..gelojoh lak di negara org..heheh






Selesai je beli chocolate,kami dpt sms dari Tasha,dia ajak dinner sekali di Ciao Italia.Masa ni kami takde gps,semata² berpandukan buku peta,nasib baik hubby suka baca peta.

us

pizza sedap

spaghetti yg sgt sedap!kaler dia hitam sbb dorang campur dgn ink squid,uh mcm2 la mat salleh ni

chilli mussel


Balik tu lepak²,borak² kat rumah,pastu bincang2 sikit pasal prewedding shoot nanti.
Kalau sape2 nak kesana,jgn la ikut itinerary kami..rugi wo byk tempat lagi boleh pergi..aku buat blog ni pun just nak share sepanjang perjalanan kami disana.


Ok,sini aku nak share tips,kalau beli barang makanan,korang boleh try Oriental Market.
Kedai ni banyak barang Malaysia,maggi sampai la ke keropok udang Malaysia pun ada.
Lagi satu,sapa2 nak bawa nougat ,kat sini sgt murah.harga aku dah lupa..tapi compare dgn harga dekat fremantle,sini jauh lebih murah..beli yg pek besar terus,mmg berbaloi.



Oklah next day 3 pula,till then..buhbye
Assalamualaikum

Day 1 in Perth

Disebabkan aku pergi pun last year,banyak benda gak aku ingat2 lupa.Aku pergi bersama husband atas urusan kerja/holiday..org kata sambil menyelam ,sedut air se gelen.

Day 1

Kami touch down agak awal haritu kira² 5.30am
Memang awal² kami dah decide tak nak bawa makanan ke sana,jadi sebelum sampai ke kaunter check barang² tuh,ada officer tanya ada bawa sebarang bentuk makanan tak?aku kata tak,terus dia bagi keluar.Fuh alhamdulillah,sebab tgk line panjang gak nak beratur check sorang².

dari dalam airport tak rasa sejuk,sekali kuar je depan airport,menggigil gak la rasa.

airport perth dari depan

tgh tunggu kereta,masa ni dlm pukul 6,terang mcm pukul 8


Lepas keluar tu aku buat call,minta client (tasha)ambil di airport
Btw,di sana aku agak beruntung sbb duduk pun rumah client,kereta siap bagi pakai seminggu.Jalan la merata2,diorang jenis tak kisah...siap bagi buku map lagi.Cut cost banyak disitu.

Sampai jer,kami terus ke rumah Tasha,dia terus bersiap nak kerja.kereta semua dia dah readykan..tinggal nak jalan jer
depan rumah ,Brentwood

Aku ngan husband terus gerak ke Coles beli barang2 makanan,yelah..duduk rumah orang pun ,kena gak beli sendiri kan..kami beli roti,nutella,telur.Semua benda yang senang di masak.

Ok,tips yang aku dapat disana,

1.Kalau beli roti or choc,jangan beli yg paling murah,takut bahan dia ada yang tak halal dimakan(wallahualam,ni ada org bgtau..so kalau ke sana lagi aku nak tgk balik ingredients tu)
2. Sape2 nak call keluarga tercinta di tanah air(selain FB),boleh je korang beli simcard kat sana.Nama dia Lebara Mobile 
Sangat2 lah murah rate dia,aku call family aku boleh siap bergayut lagi tapi tak habis² pakai.


Selepas selesai membeli belah,terus ke Fremantle.
Dalam banyak2 tempat,Fremantle la paling senang nak sampai,takde pening kepala.
Sampai sana dah lapar,terus cari Cicerellos

Tips nak jimat
Di sebabkan kami berdua je,sorang beli set fish & chips,sorang lagi beli set fish sahaja.
Confirm kenyang,sebab kalau beli 2 set fish & chips pun mesti kami tak boleh habis chips tu. 
Ni la alat yang ramai forumers kata,selepas ambil order dia bagi menda ni,order siap je mende ni berbunyi.

buku yang berguna

park yg berdepan dengan cicerellos

 Dah kenyang kami jalan² area Fremantle.Kedai Aussin sume tak bukak lagi,sebab kami sampai rabu.Badan pun dah rasa penat,balik terus smyg jamak & rest.

Malam tu Tasha ajak jumpa member2 dia dekat St.Churros.Ni highly recommended,choc dia tersangat pekat.
Lepas borak²,hari pun dah malam,balik terus tido.




choc truffle,tak beli pun..taktau halal ke x


ni la aktiviti dorang selepas kerja,byk aktiviti bersama2 rakan.

husband.mlm tu sejuk bagai nak rak.tp mat salleh relaks pakai mini skirt



















Setapak Melangkah

Assalamualaikum Wbt

Terbinanya blog ini adalah untuk berkongsi pengalamanku sepanjang merantau di negara orang.PLUS..skarang baru nak berjinak menjadi food blogger.2 things yg menjadi kegemaran aku,travel & makan..hihi..so hope tak pening la jap aku cite pasal travel,jap aku cite makanan yg aku masak yeh
Since next year aku akan ke Perth,so rasanya banyak cerita aku akan kongsi pasal Perth la utk permulaan ni..oh,and im going to south korea too!super duper excited^^

Insyaallah, masuk next year.2 kali aku telah ke Perth.Alhamdulillah aku telah ke sana pada 26 October 2011 dan insyaallah akan kembali pada 4 April 2012.
Reason aku nak kesana lagi sebab last year pergi atas urusan kerja,rasa tak puas berjalan..Pergi pun area dekat,Fremantle,city,cottesloe.
Wujud perasaan tidak puas hati kerana banyak lagi tempat yang tidak dpt di cover.

Maybe ada sesetengah traveler yang hanya pergi untuk jangka singkat & tidak dapat ke arah albany or pinnacles boleh menggunakan info kami untuk ke sana nanti

Disamping itu juga aku akan update info2 yg aku dpt utk preparation ku before berlepas ke Perth pada April next year.

InsyaAllah

Notakaki: Blog ini dibuat untuk bercerita tentang pengalaman & mengisi masa lapang seorang suri rumah.Tidak mahu berlawan atau cuba mengatasi sesiapa.Tidak juga untuk mengejar dunia sahaja.Jika tak dpt melancong jauh pun,cukuplah sekadar setahun sekali dapat melihat & merasai kebesaran maha esa di tempat yang berbeza².