Day 1
Kami touch down agak awal haritu kira² 5.30am
Memang awal² kami dah decide tak nak bawa makanan ke sana,jadi sebelum sampai ke kaunter check barang² tuh,ada officer tanya ada bawa sebarang bentuk makanan tak?aku kata tak,terus dia bagi keluar.Fuh alhamdulillah,sebab tgk line panjang gak nak beratur check sorang².
dari dalam airport tak rasa sejuk,sekali kuar je depan airport,menggigil gak la rasa. |
airport perth dari depan |
tgh tunggu kereta,masa ni dlm pukul 6,terang mcm pukul 8 |
Lepas keluar tu aku buat call,minta client (tasha)ambil di airport
Btw,di sana aku agak beruntung sbb duduk pun rumah client,kereta siap bagi pakai seminggu.Jalan la merata2,diorang jenis tak kisah...siap bagi buku map lagi.Cut cost banyak disitu.
Sampai jer,kami terus ke rumah Tasha,dia terus bersiap nak kerja.kereta semua dia dah readykan..tinggal nak jalan jer
depan rumah ,Brentwood |
Aku ngan husband terus gerak ke Coles beli barang2 makanan,yelah..duduk rumah orang pun ,kena gak beli sendiri kan..kami beli roti,nutella,telur.Semua benda yang senang di masak.
Ok,tips yang aku dapat disana,
1.Kalau beli roti or choc,jangan beli yg paling murah,takut bahan dia ada yang tak halal dimakan(wallahualam,ni ada org bgtau..so kalau ke sana lagi aku nak tgk balik ingredients tu)
2. Sape2 nak call keluarga tercinta di tanah air(selain FB),boleh je korang beli simcard kat sana.Nama dia Lebara Mobile
Sangat2 lah murah rate dia,aku call family aku boleh siap bergayut lagi tapi tak habis² pakai.
Selepas selesai membeli belah,terus ke Fremantle.
Dalam banyak2 tempat,Fremantle la paling senang nak sampai,takde pening kepala.
Sampai sana dah lapar,terus cari Cicerellos
Tips nak jimat
Di sebabkan kami berdua je,sorang beli set fish & chips,sorang lagi beli set fish sahaja.
Confirm kenyang,sebab kalau beli 2 set fish & chips pun mesti kami tak boleh habis chips tu.
Ni la alat yang ramai forumers kata,selepas ambil order dia bagi menda ni,order siap je mende ni berbunyi. |
buku yang berguna |
park yg berdepan dengan cicerellos |
Dah kenyang kami jalan² area Fremantle.Kedai Aussin sume tak bukak lagi,sebab kami sampai rabu.Badan pun dah rasa penat,balik terus smyg jamak & rest.
Malam tu Tasha ajak jumpa member2 dia dekat St.Churros.Ni highly recommended,choc dia tersangat pekat.
Lepas borak²,hari pun dah malam,balik terus tido.
choc truffle,tak beli pun..taktau halal ke x |
ni la aktiviti dorang selepas kerja,byk aktiviti bersama2 rakan. |
husband.mlm tu sejuk bagai nak rak.tp mat salleh relaks pakai mini skirt |
No comments:
Post a Comment