Tidak tercapai dek akal untuk ke sana,aku hanya nampak diriku di seberang Korea sahaja(yakni Jupun :p )
Ini kerana aku peminat fanatik cite Jepun since masa study lagi.Masa tu bagi aku,antara Korea & Jepun, jepun lagi lembut cara mereka bercakap dibandingkan dgn orang Korea ni(actually aku anti drama Korea dulu),sekali pelakon dia menjerit bergema speaker(jgn mara ye peminat drama Korea..kihkih)
Cerita autumn in my heart pun aku kenal tajuk je..huahua..cuma disebabkan nak pergi ni la biasa² kan diri layan drama diorang.Kini,aku isytiharkan..aku dah jadi peminat drama Korea...haha,baru tgk 2-3 drama dah kata peminat.
Niat muncul untuk ke sana baru je timbul hujung tahun lepas,aku terlintas satu Blog yg kini hampir hari² aku usha.Mcm mana nak describe,jalan cerita sepanjang dia disana,& tempat² yang sangat cantik(dah la waktu autumn) membuatkan hatiku terdetik nak ke sana...n aku sgt² berterima kasih kepada dia,walaupun aku tak kenal tuan blog ni,tapi dia berjaya membuka mata aku untuk menyatakan south korea ni sangattt cantik.
pic by visitkorea |
pic by here |
Petang tu aku bertanya pada hubby aka Faizi
Aku: Korea best x?
Hubs: Best kot,diorang ada 4 musim.
Aku: Wah,kan best kalau dapat tengok sakura
---Hubby yg pantang diajak,terus menekan mouse ke web everyone can flyyy---
setelah beberapa ketika
Hubs: Mahal la Hannani,takde promotion lagi
Aku: ooo,takpe..nanti² ada la tu
Malam tu fikiran aku dah melayang ke sana,berpandukan pada blog si dia,aku dah berangan² entah ke mana.Sambil tu tangan sibuk menekan keyboard,mencuba nasib tarikh yg murah utk ke sana.Hubs pun sama gak jadi excited tak tentu pasal,dah jadi geng 2-3hours layan blog² korea.
Eh,kenapa bulan 5 banyak murah ni...tapi kami masih berfikir lagi..lagi...& lagi
Akhirnya,seminggu kemudian kami mengambil keputusan untuk membeli tiket ke sana.
-masa ni happy campur tensi,suppose tiket perth pergi bulan 5 sebab dah nak dekat musim sejuk,korea lak suppose ambil bulan 4,barulah dapat tengok sakura...tapi ni terbalik lak beli..hadoi~ xpelah,ada rezeki pergi musim lain lak...ehh,belum pergi dah ada niat nak repeat.-
In a week aku spend masa mencari info accomodation & interest places di sana. Buat masa ni, itinerary belum settle lagi.Cuma accomodation sahaja settle,aku akan menginap di Namsan Guesthouse selama seminggu.
Later aku akan share itinerary kat sana nanti,masih mengkaji jalan² ,tempat makan,subway yang bersimpang siur.Doakan kami yg terbaik disana.
Til then,nak layan cite Secret Garden dulu...hubby buat editing,aku lyn drama.bagus
Nota kaki: ada sape² nak buat prewed disana free? *wink wink*
sonok nyer pat p korea.. :)
ReplyDeleteHi Luna,sonok ! excited sgt²,tgh menghitung hari ni :)
ReplyDelete