Akhirnya,setelah berhempas pulas di dapur,inilah kek red velvet ku yang pertama.
Leceh juga nak buat kek baldu merah ni ye.Hmm,takpe..lepas ni nak try guna cupcake pula..senang tak payah potong² tengah dia.Walaupun lagi 2hari nak celebrate anniversary,aku saja buat awal sebab waktu anniversary nanti hubby nak bawa tempat special utk celebrate,so alang² tu nanti boleh bawa kek ni sekali.
Terima kasih kepada Akuatik sebab share resepi ni.Sebab aku ni malas sangat² kalau buat kek yg guna timbang² nih,sbb timbang lama problem..lain disukat,lain yg dibaca..nasib baik la jumpa gak cara buat kek baldu merah ni ikut sukatan cawan & ml.Oleh itu aku pun nak share resepi ni gak,siapa² takde penimbang pun boleh je buat kek ni :) tumpang share ye tuan blog Akuatik.
Resepi asal : Joy Of Baking
From: http://akuatikdiglaschu.blogspot.com
Bahan-bahan kek
2 1/2 tepung kek
1 1/2 cawan gula
1/2 camca teh garam halus
2 camca besar serbuk koko
1/2 cawan mentega tanpa garam, suhu bilik - jangan letak garam kalu guna mentega biasa
2 biji telur saiz besar
1 camca teh esen vanila
1 cawan, lebih kurang 240-250 ml buttermilk
2 camca besar pewarna merah
1 camca teh cuka putih
1 camca teh baking soda
Bahan Krim Keju
300 ml (360ml) krim putar
1 tub-200g/250g keju krim, suhu bilik (227g)
250g keju mascarpone, suhu bilik (227g)
1 cmt esen vanila
1 cawan gula aising
sebelum dilicinkan permukaan..gatai deco awal sgt :P |
Cara membuat kek:
1. Leser 2 dulang kek 9-inci yang nipis. Alas dengan kertas.
2. Panaskan oven 175 darjah C lebih kurang 10 minit sebelum membakar.
3. Ayak tepung, garam halus dan serbuk koko. Ketepikan
4. Putar mentega sampai lembut (1-2 minit, boleh lebih kalau mentega keras). Masukkan gula dan putar sampai kembang membuak-buak (betul ke ni? 'fluffy'). Anggaran 2-3 minit. Jangan lupa adunan yang terpercik tu kena kikis la jangan dibiarkan.
5. Masukkan telur satu demi satu. Setiap kali lepas masuk sebiji mesin dulu sampai rata. Dah abih semua telur, kikis adunan tepi-tepi mangkuk tu. Masukkan esen vanila.
6. Campur pewarna merah ke dalam buttermilk. Gunakan kelajuan rendah, masukkan adunan tepung dan buttermilk secara bergilir. Mula-mula masuk buttermilk, tepung pastu buttermilk.
7. Campurkan cuka dan baking sodan dalam cawan kecil. Masa campur tu nanti bunyi berdesit-desit la macam buat eksperimen kimia tu. Terus tuang dalam adunan kek.
8. Bahagikan adunan sama rata dalam tin pembakar kek tu. yang ni kena buat cepat-cepat sebab kalau lama-lama takut kesan-kesan soda+cuka+cecair adunan tak berkesan sangat. Ratakan adunan tu guna belakang senduk/sudu.
9. Bakar lebih kurang 25-30 minit, sila cucuk dulu kek tu nak tengok dah masak atau belum.
10. Dah masak, keluarkan kek. Sejukkan lebih kurang 10 minit pastu terus keluarkan daripada tin dan disejukkan. Bila dah sejuk, boleh la balut ngan plastik tutup makanan tu, masukkan dalam peti es untuk memudahkan proses pemotongan nanti.
Cara membuat krim keju
1. Putar kedua-dua keju tu sampai kembang.
2. Masukkan esen vanila dan gula aising.
3. Putar pulak krim putar sampai dapat soft peak. Sendukkan krim ke dalam campuran keju. Kacau dengan teknik 'fold'.
4. Krim sedia untuk disapu, kalau cair sangat masukkan dalam peti es dulu kasi dia keras sikit.
Cara deco cake
1. Belah setiap kek jadi dua lapisan. Letakkan salah satu lapisan atas (selalunya dia macam jadi tinggi kan) secara terbalik. Sapu krim frosting.
2. Letak satu lagi lapisan dan sapu krim sampai habih lapisan. Nak bahagikan krim tu, bahagikan 5 bahagian, 3 bahagian untuk 3 lapisan tengah, 2 lagi untuk sapu kat luar.
No comments:
Post a Comment