Pages

Friday, August 30, 2013

Jatuh cinta dgn Kota Kinabalu,Sabah

Assalamualaikum
Akhirnya ada juga update baru dariku..kali ni aku berjanji nak update tentang Sabah hanya satu entry sahaja,sebab if aku buat part by part..nanti kemalasan nak update melanda..hehe

Percutian Sabah kalini mmg tak dijangka,kebetulan ada hal di sana.Dapatla bercuti sekejap

Disini aku sertakan itinerary yang aku buat dalam masa sehari..mmg tak menyempat betul..hehe



1st day
Ambil flight 9.30am
Sampai 12pm
Check in promenade hotel
Pergi pasar philipine /pasar malam
Job mlm 
Dinner
Jom kita scroll gambar kat bawah,pastu aku sertakan itinerary hari ke 2 pula


jeli kelapa yang sangat sedappp,berbeza dgn yang pernah aku rasa.tapi kakak ku pernah kata kalau jeli dlm kelapa tu lagi sedapppp

aku bawa balik amplang,kuih cincin abah selalu bawak balik

ini pula gambar di pasar Philippine,pening kepala nak pilijh..kiri kanan depan belakang semua bling bling

beli seutas dua je dulu,tawar menawar..survey2...pastu malam bezakan dgn harga pasar malam..mmg jauh lebih murah di pasar malam.

hati gundah gulana mau beli,hubs kata sabo..ada 2 hari lagi kat sini

kakak ku kata ni kulit katak betul..eyy yek..geli geleman

pelbagai bahan kering yg sangat murah..aku dpt udang kering sekilo rm 25,ikan bilis siap kupas sekilo rm 25..bawa balik boleh bagi mak & mak mentua.

gamat kering pun ada

minta adik ni bahagi2kan dalam plastik,pastu diorang pack dalam kotak cantik2.senang nak bawa pulang :)

kakak ku kata setiap kali dia pi sabah,dia selalu kutuk org yg bergambar kat ikan ni...sekarang hamek,adik dia sendiri bergambar kat situ..heheheh



masa ni dah pukul 5 lebih,di Sabah cepat malam..masa ni maghrib pukul 6.30pm


seafood,perut da berbunyi :P

udang lipan

kami sempat try ikan ayam laut dan ikan kerapu..murah sgt..seekor ikan rm12..size boleh tahan..kenyang utk 3 orang

sayur tak sampai lagi..hihi

2nd day 
Pukul 5 solat subuh
Pukul 6 gerak ke kundasang
Rumah terbalik (charge rm5 untuk bergambar,rm10 per person untuk masuk)
Cow farm-entry rm4 per person
Taman australia - xsempat pergi :(
Sabah tea
Spa Ikan - rm5 per person utk kaki,if full body tak ingat lak..hanya 15 minute per entry
Etc etc
Pukul 2 balik pekan
Dinner seafood sebelah waterfront



kami tak masuk pun,sebab nak kejar tgk puncak gunung kinabalu,sbb pernah terbaca org kata atas pukul 9 puncak dah kena tutup dengan awan

yay alhamdulillah dpt tgk mount kinabalu

pakai lens wide sgt,sebenarnya dah dekat sangat dengan mt kinabalu...pemandangan yang tidak boleh diungkap dgn kata2 =)

my favourite photo of the day :) Inilah New Zealand di Malaysia

nak ke dairy farm ni,jalan mmg dahsyat...tgk la batu2 kat jalan raya tu..kena bawa slow2

if bagi kambing makan rm1.00,if bagi lembu minum susu rm1.50



kandang lembu

Ladang Sabah,nak sampai mak ai sakit punggung..haha...jauh bukan main..tapi rasanya di Cameron Highland lebih menarik..kami tapau teh sabah pelbagai rasa di sini.

spa ikan di Ranau,sebelah ladang tea sabah...geli & scary..tapi lepas tu nak lagi

sekali tgk ikan2 tu macam baby shark pun ada..btw hanya 15 min je sekali masuk..huhu

muka penat dan lapar

3rd day 
jalan2 sekitar pekan
Shopping souvenir
-Jamilah Jewellery di kompleks Sinsuran-sebelah Le Meridien (good bargain,ada beli satu free satu,ada 70% discount)
-Pasar Philippine
Shoppinmg complex 1borneo
Waterfront
Ptg balik ambil teksi 5pm,gerak ke kl 7.30pm

Selesai

Aku tak dpt nak masukkan aktiviti ke pulau Manukan dan senagkatan dgnnya,mmg ralat rasanya..tapi apakan daya,pergi mmg tak prepare byk.dari segi ongkos ..last day dah ajak hubs,tapi hubs kata ada peluang pergi lagi...pergi ramai2 lagi best,insyaallah ada rezeki boleh dtg lagi :)

No comments:

Post a Comment