Monday, October 22, 2012

Belmont Sunday Market & Kattaning

As salam,kali ini aku nak story perjalanan aku ke Kattaning,kami singgah disini sekejap sahaja.Alang2 ke Albany,melencong jap ke Kattaning.
Sebelum tu,setelah siap packing dan kemaskan apartment,seawal 5.30am aku dan hubs bergerak ke Belmont forum utk melihat sunday market

Tempat ni sgt2 best(for me:p)...sbb kebanyakannya menjual brg second hand mereka sendiri dgn harga yg sgt murah seperti buku,peralatan dapur,basikal,aksesori kereta,komputer,teddy bear,pokok bunga dan mcm2 lagi semuanya dgn harga yg menarik.
Aku tertarik bila melihat coffee maker yg masih baru dijual dlm 6-10aud sahaja.tp hajat utk aku beli dilupakan dek kerana muatan beg ku yg terhad,kuikui..
dgrnya sunday market ni dah pandai main harga,mmg betul...ada sesetengah penjual memberi harga yg tak munasabah..seperti aku terjumpa cupcake carrier yg telah dipakai,diorg jual 10aud,padahal kalau aku masuk Big w beli yg baru pun 10aud gak..jadi berjaga2 ye,mat salleh ni pun ada yg pandai auta gak:p
gambar di sunday market pun kurang,sbb asyik melayan mata tgk brg2 yang dijual.





Setelah puas berjalan,kami meneruskan perjalanan ke Kattaning,sekitar 7.30am kami pun bergerak dari belmont.masa pergi kami mnggunakan Albany highway.
Perjalanan ke Kattaning mengambil masa dalam 3jam setengah.Sepanjang perjalanan kami disajikan dgn hamparan padang yg sungguh luas & cantik.Ladang canola semua tgh rancak berbunga,alhamdulillah rupa2nya aku bernasib baik utk melihat ciptaan Allah ini,sebab penduduk sini kata Canola hanya berbunga sekali setahun..sape2 nak saksikan sendiri betapa lawanya ladang canola ni, boleh plan dtg waktu september nxt year:)



sepanjang perjalanan penuh bukit bukau dengan color kuning.Sempat juga kami menangkap gambar,syg sekali semua ladang tu berpagar,mau je aku posing kat tengah2 ladang tu sambil berlari-lari..lalala

pic kat atas dgn pic ni kawasan berlainan..ni dah nak sampai kattaning..dari ngantuk terus hilang ngantuk tengok pemandangan sepanjang jalan.
Sampai ke Kattaning,niat utk solat Zohor dulu,agak sukar utk aku search menggunakan gps,mmg search mosque takkan jumpa punyalah,aku pun decide utk tanya mat salleh kt station minyak.
bila dpt direction barulah senang nak cari.



pekannya seperti pekan2 lain di perth

Masjidnya sgt cantik dan bersih.sempat juga kami solat jamak disini.

tempat sembahyang muslimin



tempat sembahyang muslimat


masjid ini telah dirasmikan oleh Alahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Ketika kami solat,ada seorg lelaki dan anak kecilnya juga solat disitu,sempat juga kami berborak ,mereka dah stay kat kattaning ni hampir 10 tahun..katanya ramai asal dari kepulauan cocos,sekarang ni ada juga indonesian dan melayu singaporean yg menetap disini.katanya hampir 300org melayu yg duduk disini,khutbah jumaat pun mereka menggunakan dalam bahasa melayu.
penduduk Kattaning yang peramah

anak dia comel & manja sungguh,siap tunjuk kat aku lutut dia luka..alolo ciannya

Katanya juga Chicken treat disini halal,siap tunjuk lagi penyata halal dimasjid tu kat kami.apa lagi,selesai mengambil gambar & berterima kasih kat abg tu,kami pun ke chicken treat,ambil 1 set sahaja,sekadar utk merasa...hmmm,seyesss kfc kat malaysia lagi sedap..hehehe


Adalah gak dalam 2 jam lepak Kattaning,kami pun meneruskan perjalanan ke Albany.Insyaallah akan ku update cerita di Albany..pengalaman di albany mmg tak dapat dilupakan.Sangat indah pemandangan disana =)

2 comments:

  1. Salam Hannani..
    Lepas ni cmn, bila lg plan nk dtg lagi? pe kata dtg time autumn pulak. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Kak Umi..insyaallah ada rezeki boleh datang lagi.autumn haritu dah pernah pegi..mmg spring gak best kan..hehe

      Delete