Pages

Friday, January 18, 2013

Langkawi Day 1

Salam
Pada 8hb january yang lepas,aku & family mentua telah ke Langkawi.
Semua itinerary dirancang awal oleh aku & hubs.Termasuklah tempat penginapan & kenderaan.
Accomodation aku jumpa kat Mudah,Kak Sue Homestay...disebabkan kami pergi seramai 7 orang..byk gak lah aku kira tolak tambah apa yg sesuai untuk kami.
Sebenarnya nak duduk area pantai chenang..tapi byk chalet& resort...boleh mmg boleh,tapi tak syiok lak duduk sebelah menyebelah walaupun ada connecting room...so aku carilah homestay...mmg banyak di pantai chenang..tapi kosnya mak aii~ kebanyakan nya rm250 ke atas..maybe aku tak sempat buat research byk..mostly area situ ke dalam or mahal.

So aku dan hubs pun decide utk duduk area Pekan Kuah,nak cari makan senang..nak shopping pun senang.Location Sue Homestay(aparment Sri Lagenda) ni mmg superb..sgt dekat dgn pekan.

harga bukan waktu cuti sekolah Rm150
harga weekend Rm180
3bilik,2 bilik air ,2 queen bed,1 single bed.Siap toto,kerusi kayu(bukan sofa ye),tv 

Cuma yang aku tak gemar:-
takde carpet (senang diorang nak kemaskan kot tanpa carpet)
banyak semut...mak mentua aku kata ni rumah semut ke? haha
bangunan dia dah di makan usia.


tp overall,if pergi bukan ngan family..jenis selamba mcm aku...kepuasan okay! 8/10
Sebab byk jalan dari duduk rumah kan.

Untuk kenderaan pula,aku sewa dgn En Zaini.Siapa nak sewa dengan dia servis insyaallah tiptop!
Ni num dia 0125275079(En Zaini)

Nape aku kata tiptop,sebab kami tak pernah jumpa langsung..tapi semua proses sangat lancar.janji kena trust lah kan.Orangnya tak berkira
Ikut hati kami nak ambil Innova,tapi flight kami malam..suppose kira 2 malam sahaja..tp sbb last day tu kami nak hantar lewat..kenalah kira 3 malam...tapi En Zaini dgn berbesar hatinya bagi sewa kereta dia sendiri(Toyota Unser)..siap kata,kereta ni nak pakai lewat takpe..rm200 je untuk 3 hari..murah lah kan?alhamdulillah...unser pun boleh jer muat 7 orang..janji boleh pakai :)

Okay,ini pula itinerary untuk 1st day kami di Langkawi

Flight 7.30am
-8.30am tiba Langkawi ainternational airport
-Ambil kereta
-Sarapan di Padang Matsirat
-Melawat area Beras Terbakar
-Naik kereta kabell di Oriental Village-gunung mt cincang
-Melawat Makam Mahsuri
-Beli gamat di Kilang Gamat Nusantara
Ni baru sampai,tak sempat nak snap..akak pramugari dah bising..berterabur semua lari
lama tak layan roti canai melayu..yummeh!
nasi lemak simple..best²,susah nak dapat kat KL
  

Selepas turun dari airport,kami terus ambil kereta sewa dan mencari sarapan di kawasan yang terdekat
Perut semua dah kriuk²..kenalah alas perut dulu.Kebetulan betul2 depan area padang beras terbakar ada banyak gerai makanan.Apa lagi,sambil menyelam minum air,kami sempat sarapan dulu sementara menunggu pintu beras terbakar di buka.
dikatakan di depan halaman rumah inilah mereka mengorek lubang & membakar padi2 yg dituai.

  
 
beras terbakarnya dah takde..tapi ada box kecil ditempatkan disudut tepi untuk pelancong melihat peninggalan beras yg dibakar.
Selepas itu,kami bergerak menuju ke Oriental Village..berbezanya ketika aku pergi waktu study dulu.Memang byk tempat menarik disini,kalau diikut kan satu hari boleh dihabiskan disini sahaja.
Aku tertarik dgn Cinema 6D yg terletak betul2 berdepan dgn tempat tiket cable car.kebetulan sekarang pun ada festival nami island di oriental village..huhu,best nye!tapi kalau nak pergi semua,takut tak sempat pula nak pergi tempat lain.

Price Cable Car
Adult with mycard : Rm15
Child with mycard:  Rm10
takde mycard,harga double...ish ish~


cian kuda ni,dari naik cable car,sampai turun cable car..kerja dia ulang-alik bawa org jer...keinginan aku nak try naik terus terbantut dek kesian tengok dia kepenatan.

2 lawan 1 =)



tak silap aku harga nak sewa ni rm15...boleh pusing satu village

pemandangan di oriental village



Agak lama juga kami di sini,selesai dalam 2 jam kami bergerak pula ke Makam Mahsuri
Makam mahsuri telah banyak berubah,dulu masuk2 je dah boleh tengok makam...sekarang ni ada kawasan yang berbumbung dan galeri kecil sebelum kita dapat masuk ke kawasan makam mahsuri.

comel,kucing ni tiba2 jadi tarikan lak sebab kaler dia putih..hihi

Last sekali ,destinasi terakhir untuk hari ni aku bawa ke kilang gamat nusantara.
Memang tempat ni dah famous disebabkan botol gamatnya yang besar.
Sebelum ke Langkawi lagi aku dah nekad,pergi sini just nak bawa family membeli belah gamat.tapi bukan untuk aku..say no no no to gamat..nape?bukan tak suka...4 tahun lepas punya botol..mak aku beli berlambak lagi..haha..tak habis2 pakai. watpe nak membazir beli lagi kan.
tapi brg2 lain seperti balm,minyak kepala dara etc boleh lah beli :)

si kecil yg aktif
jangan pulang tanpa minyak gamat or jangan pulang tanpa fil aku? hahaha






No comments:

Post a Comment