Pages

Saturday, May 11, 2013

Memancing di North Mole,Fremantle

Okay,kita sambung entry mengenai North mole
Actually kami pergi sini 2 kali,first dtg tak dpt ikan.Second kali dtg baru dpt ikan.tu pun bukan kami yang pancing..abg Aziz yg pancing,hubs ada la tlg tengok sikit2..maklumlah kat Msia ni pun tgk orang je memancing..hikhik

Jom tengok gambar
silhouette of north mole
terbang burung terbang tinggi-tinggi
bersama abewe & yiyi
abg Aziz bersiap sedia nak pancing ikan

mesti Kak Umi tgh updat fb masa ni :)
Ketika aku tgh asyik mengambil gambar,tiba2 dpt rasa betapa seronoknya memulakan hidup disini.
Dapat hidup negara 4 musim.Kelihatan semuanya indah belaka.
Terlintas difikiran ku betapa indahnya perjalanan hidup Kak Umi disini.Tetapi apabila aku lihat,tidak semua yang indah bermula dengan senang.
Mendengar cerita dari Kak Umi,dapat ku agak permulaan untuk memulakan hidup baru memerlukan pengorbanan yang sangat besar


Terpaksa melupakan seketika pekerjaan di sini,terpaksa berjauhan dgn sanak saudara,terpaksa melupakan makanan yg enak2 di Malaysia.
Untuk memulakan langkah ke negara org juga bukanlah senang,demi mencari sesuap rezeki.demi mendapatkan kejayaan untuk anak2  memerlukan semangat & ketabahan yang kuat.
Apabila aku melihat telatah Yiyi & Awe,gelak ketawa mereka bermain bersama.Sesekali Yiyi pula dtg memeluk ibu tersyg,hatiku mengucapkan kesyukuran kerana mereka dpt hidup selasa di negara orang.
 Walau apa pun berlaku,pengalaman hidup di negara orang pasti meninggalkan kenangan indah yang sukar diungkapkan.Kami berdua mendoakan yang terbaik buat Kak Umi sekeluarga.Amin
abg ni org melayu gak,isteri org jepun.mencari rezeki di perth.heheh..konfem dia tatau pic dia dlm blog aku:p
ramai local juga memancing disini
yay! hasil tangkapan pertama,alhamdulillah rezeki
kami byk merepek dari memancing..huahua
hasil tangkapan kedua:)
agaknya if dah ada anak,kemanakah aku ingin bawa si kecil merantau :)

No comments:

Post a Comment