Pages

Thursday, March 1, 2012

Salam Jumaat

As salam semua,
sekejap saja dah hari Jumaat kan,bagi yang kerja weekdays mesti semua excited nak masuk weekend.Bagi aku yang kerja weekend,alaa..dah habis dah weekdays..haih~

Dah 2 hari aku tak jenguk blog,ini kerana aku & hubs menghilangkan diri kejap ke kota singa sekali lagi.Actually plan ni last minute,sebab masa anniversary tu ingatkan nak celebrate kat sana.Di sebabkan kesuntukan masa hasrat tersebut dilupakan.
Kebetulan minggu ni ada masa terluang..tu yang selamba pergi.
Tapi harini aku tak update cerita tentang singapore,banyak sangat gambar² nak resize balik.Insyaallah if esok ada masa terluang aku share kat sini.

Harini just nak share juadah di pagi hari..kek sarang semut @ kek gula hangus.
Mudah resepinya,cuma jenuh nak menunggu je la sebab nak bagi kek ni bersarang kene peram 3-4 jam.




Masa bancuh adunan ni pun dah malam,nasib baik tak lupa nak bakar.


 Tapi alhamdulillah jadi sarang dia,masa tgk recipe ni pun takut gak nak buat sebenarnye.Sebab ada yang bagi comment kata tak jadi,dah la 3-4jam perap.Seronok sangat² bila jadi sarang² tuh.
Actually kek ni pun hubs suka,hampir semua kuih tradisional yang lembut² memang fav dia.Hajat hati nak bagi jiran sebelah pun tak kesampaian sebab hubs kata nak mkn semua.haha




Oklah,ni resepi yang aku google .Terima kasih empunya resepi widad dari my resipi.

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"




Senang kan bahan dia? jom buat lagi,selamat menunggu ~ ;) ;)

No comments:

Post a Comment