Pages

Monday, March 12, 2012

^_^

Assalamualaikum
Mendung je harini kan.Sesekali hujan renyai turun menambahkan suasana yg sejuk dan nyaman.
Hari ini alhamdulillah tercapai juga hajatku utk berpuasa qada.Selalu sgt terlupa dek kerana kesibukan kerja.
byk kali gak aku mengingatkan diri nih,jgn duk kejar kekayaan di dunia shj.

Papepun,jadual hari ni agak padat.banyak kerja yang aku perlu buat.
Tapi alang-alang berpuasa tu,teringin gak juadah berbuka yg sedap..eh sedap ke aku masak nih..hihi

Harini aku buat mee rebus,makanan fav aku ketika masih sekolah.Masa sekolah dulu hari-hari duk cari mee rebus dekat jalan peel,kl...sedap sgt.tapi sekarang kedai tu dah takde,aku pun taktau mana pakcik tu pindah.
 Memang susah dah nak cari mee rebus sesedap pakcik tu buat.. rasa yg lebih kurang aku penah rasa ,mestilah mak aku yg buat.dia tau anak dia suka ,tu yg dia belajar buat..mmg terangkat kalau mkn..



Resepi ni aku ambil dari link ni... Tapi aku dah olah serba sedikit,masa beli bahan pagi tadi pun..kalau aku, suka letak udang besar-besar..tapi atas permintaan hubs dia nak letak fishball,fishcake,sotong ball...yg ala2 steamboat tu..aku siap kata lagi,mcm budak2 makan...hehe,layan je lah..janji dia suka.mee pun aku tukar guna spaghetti.sedap juga rasanya


Sambil duk tunggu kuah mendidih,sempat lagi tgn mencapai tepung untuk di uli,dalam beberapa hari ni duk teringat donut taufu/tofu/tauhu( banyak version lak nak sebut) je.tak pernah rasa,tapi tgk kat blog org.geram lak nak buat

Hasilnya mmg tidak menghampakan,lembut sangat2..selalu buat donut biasa,bila tambah taufu mmg lembut sgt doh.
Resepi aku ambil dari blog jintanmanis






300 gram tepung gandum
125 gm taufu lembut
1 1/2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ~ dipukul sedikit mengunakan garpu
160 ml susu suam atau air suam
40 gm shortening
4 sudu besar gula
6 gm yis
100 gm tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.


Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

  Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan.


Alhamdulillah,kenyang dah kami berbuka.
Btw,sejak dua tiga hari ni tidur tak berapa nak lena..ada anak kucing baru datang rumah aku,kucing jiran aku..comel sangat²...keje dia pukul 2-3 pagi duk gegarkan grill rumah aku..hish,seriau...ni mesti TimTam yang mengajar..nasib baik comel.
oklah,sampai sini sahaja dulu...til then, Assalamualaikum...tata

No comments:

Post a Comment