Assalamualaikum
Kita berhenti seketika cerita pasal travel,lama rasanya tak meringankan diri shoot photo makanan.
Actually dah lama sebenarnya hasrat dihati nak buat roti sendiri.Selalu mana la pernah buat roti ni kan.Asyik2 beli kat kedai,takpun tunggu babu pinpin ponpon datang depan rumah.
Hari ni aku nak share resepi
Potato Bread...nyumnyum..sedapnya makan panas²
 |
maaf terpaksa crop..nampak lak pantulan cermin tuan rumah tak pakai tudung..kuikui |
Sekarang ni pun rajin buat roti bukannya apa,hubby tersyg hadiahkan breadmaker masa birthday.
Sonok bukan kepalang,hari² tengok resepi dalam internet :D
Lepas ni nak buat donut ke pizza ke takdelah renyah sangat kerja...tukang uli dah ada..kuikui
Okay,resepi ni aku pinjam dari
Kak Intan ,tapi resepi asalnya dari
CMG.Tumpang share ya=)
POTATO BREAD
135 ml air sejuk dari peti ais
3/4 camca teh garam
1/2 biji telur (kurang lebih 30g)
60 g ubi kentang yg telah dilecek (rebus dulu)
300 g tepung roti (hi protein flour)
3/4 camca besar susu tepung
50 g gula halus
2 camca teh yis
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
 |
ada lak cenonet kat tengah2,patutnya sekali kan adunan tengah tu dengan cenonet tu kan..hikhik |
KASTARD
3/4 cawan susu segar
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula halus
1 camca teh mentega
1/2 camca teh esen vanilla
UNTUK DOH
Satukan semua bahan2 doh, uli hingga lembut dan kenyal. Bulat2kan dan
alih ke dalam bekas, tutup dengan plastic cling dan biar naik selama 45
minit.
 |
nak habiskan adunan kastard,salah satu bun ni dah di pipe penuh dengan kastard..nyumnyum |
KAEDAH LAIN
Masukkan semua bahan mengikut urutan ke dalam breadmaker dan pilih setting for dough dan tekan. Biar sampai siap.
Keluarkan doh uli 15 minit. Bagi doh kepada 12 bahagian yang sama besar
(kurang lebih 52 g sebiji), atau mengikut saiz yang diinginkan.
Bulat2kan menjadi bebola dan susun dalam loyang yang telah digris
dengan mentega dan biar 40 minit hingga naik.
CREAM CUSTARD
Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua
sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat.
Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan
biarkan suam sedikit.
UNTUK ROTI KENTANG
Isikan cream custard dalam beg
plastik yg baru dan bersih. Gunting sedikit bucunya dan picit cream
custard atas roti mengikut kreativiti masing2. Buat hingga habis dan
bakar dalam oven pada suhu 190C selama 25 minit atau kuning keemasan.
Keluarkan roti dan sapu dengan mentega semasa roti masih panas,
sejukkan sebelum dihidang.